Gempar! Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh Terbelah Dua (7 Foto)


Gempar! Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh Terbelah Dua (7 Foto) | Jangan terkejut jika sebuahjejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh sehingga terbelah dua. Runtuhan ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana KisahBest.My difahamkan jejambat ini telah ditutup kerana mengalami masalah mendapan yang teruk. Maka, mujurlah ia ditutup lebih awal dari pengguna jalan raya. Selain itu tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Boleh layan gambar runtuhan jejambat di bawah ini.
runtuh2
Sebuah jejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh siang tadi. Kerosakan struktur jejambat itu dikatakan menjadi punca ianya roboh. Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana jejambat ini telah ditutup untuk semua lalulintas sejak beberapa bulan yang lepas apabila kerosakan struktur mula dikesan akibat mendapan tanah di bawah jejambat tersebut. Laluan di bawah jejambat itu juga telah ditutup dan semua laluan menghala ke Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Putrajaya dilencongkan sejak beberapa bulan yang lalu.

Seram! Misteri Wanita Berambut Panjang Menahan Teksi


Sekadar gambar hiasan
Kira-kira pukul 2.00 pagi saya terjaga apabila mendengar suara operator telefon radio teksi membuat panggilan.
“Ada penumpang dari Bukit Antarabangsa nak ke Taman Tun Dr. Ismail, yang berdekatan, kawasan itu sila lapor….” suara operator halus keluar dari alat komunikasi.
Tanpa berfikir panjang saya terus meyambut panggilan dan menyatakan sanggup untuk menggambil penumpang itu. Dari Jalan Hulu Klang saya masuk ke simpang Bukit Antarabangsa yang jalannya banyak selekoh tajam.
Malangnya, kira-kira lima minit kemudian operator memberitahu supaya saya tidak terus ke kondo tersebut kerana teksi lain telah mengambil penumpang itu. “Dah dekat nak sampai ni,” beritahu saya pada operator.

Biar Betul! Mengapa Lelaki Ini Berkeliaran Tanpa Pakaian Di Hotel


Biar Betul! Mengapa Lelaki Ini Berkeliaran Tanpa Pakaian Di Hotel | Pernahkah anda menonton filem Senario The Movie? Dalam filem tersebut, terdapat satu adegan Lan Pet Pet keluar dari bilik hotel dengan tanpa mengenakan sebarang pakaian. Tindakannya itu dilakukan tanpa disedari sehinggalah ia malu. Adegan ini sama seperti kes seorang lelaki di luar negara yang sempat dirakam tanpa pakaian apabila tidak berpakaian di luar bilik hotel. Persoalannya mengapakah ia berbuat demikian?

Adibah Noor Tidak Tolak Jika Halim Othman Jodohnya


SHAH ALAM: Penyampai radio Suria FM, Adibah Noor tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Halim Othman sekiranya perkara itu di izinkan Tuhan.
Adibah berkata, dia sangat selesa dengan Halim ketika berada di studio radio selain kedua-dua mereka mempunyai banyak persamaan.
"Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja.
"Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," jelasnya kepada mStar Online.

(Panas) Video - Kematian Michael Jackson hanya sebuah konspirasi




Peminat-peminat fanatik Michael Jackson mendakwa kematian penyanyi berkenaan pada Jun tahun lalu adalah palsu sebaliknya raja pop itu masih hidup dan menyamar sebagai seorang lelaki bernama Dave Dave yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) selepas dibakar oleh bapanya semasa dia masih kecil, lapor sebuah akhbar semalam.
Kontroversi itu tercetus apabila Dave Dave muncul dalam rancangan bual bicara popular di Amerika Syarikat (AS), Larry King Live untuk menceritakan persahabatannya dengan Michael pada tahun lalu. Sejak itu, lebih sejuta penonton terpegun mendegar suara Dave Dave apabila menonton klip video wawancara mereka di laman perkongsian video YouTube kerana suara lelaki itu amat mirip dengan suara Michael.

(PERINGATAN!) Ugut Gambar B o g _ l Disebar, Dipaksa Bayar RM20 Ribu!



Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila bekas teman lelakinya mengugut akan menyebarkan gambar bogelnya jika dia gagal membayar RM20,000 dalam tempoh terdekat ini.

Teman lelaki itu menuntut bayaran tersebut sebagai habuan untuk dia menghentikan tindakannya itu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chow, 29, berkata, gambar bogelnya yang diambil ketika mandi tanpa disedari itu dihantar oleh lelaki berkenaan melalui laman sosial Facebook minggu lalu.

Superb : Cermin "Ajaib" Yang Dapat Menukarkan Warna Baju Anda (5 Gambar)



Pada 5 Oktober lepas, Sebuah butik baju, Uniqlo telah membuka cawangan terbaru kedai mereka di US. Apa yang menarik mengenai butik baju ini ialah, ia mempunyai sebuah cermin ajaib. Apabila anda mencuba pakaian dan melihat pada cermin ajaib tersebut, cermin itu akan menukarkan warna baju yang anda pakai. Ini dapat membantu para pembeli untuk memilih warna yang sesuai bagi baju yang dicuba tanpa perlu menukar baju berulang kali. 

Menggunakan teknologi Kinect, para pembeli hanya perlu berdiri dihadapan cermin dan menekan pada touchscreen pada cermin untuk memilih warna lain. Selepas memilih, cermin ini akan memantulkan imej yang telah di modified mengikut warna yang anda pilih. Superb technology!!

Inilah Tempat Tidur Multimedia Termewah (8 Gambar)

Tempat tidur ini berbentuk kotak, dilengkapi dengan proyektor dengan resolusi HD. Kamar yang nyaman dilengkapi dengan desain yang unik tampaknya sangat elegan dan benar-benar santai hingga mampu membuat Anda enggan untuk beranjak dari tempat tidur di akhir pekan. 

Tempat tidur ini adalah HiCan yang datang dengan banyak media hiburan yang dapat membuat Anda menghabiskan waktu bersantai-santai di kamar tanpa harus beranjak dari kasur. 





Shila Amzah bakal tunai umrah



Impian penyanyi, Shila Amzah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya bakal termakbul, awal Mac ini.

Berita baik ini disampaikan oleh ibu Shila, Fauziah Sarman, menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Zass, semalam.

Shila dan keluarga bakal mengadakan majlis doa selamat, sekali gus sidang media bagi menjelaskan segala kekeruhan yang berlaku.

Bagaimanapun, niat murni penyanyi Patah Seribu itu untuk ke Tanah Suci bukanlah kerana kontroversi yang berlaku, sebaliknya ia sudah lama dirancang dan dimakbulkan ALLAH SWT.

Dua komando M'sia, 10 penceroboh terbunuh



Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata  dari selatan Filipina hari ini. 
    
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
    
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
    
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Kerana Ketagih Judi Dirantai Bapa !




[HM] PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah.

Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

“Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya.

Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera.
- See more at: http://blogsgempaq.blogspot.com/2013/02/kerana-ketagih-judi-dirantai-bapa.html#sthash.Yr4BfCYo.dpuf



[HM] PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah.

Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

“Remaja terbabit mendakwa dia turut dipukul bapanya,” katanya.

Menurut Cheth, remaja itu hanya dibebaskan daripada ikatan kira-kira dua jam kemudian apabila orang ramai menghubungi polis untuk memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Seorang tukang kunci turut dibawa ke lokasi bagi membuka mangga rantai itu, manakala bapa remaja terbabit melarikan diri dan kini diburu atas kesalahan mendera.
- See more at: http://blogsgempaq.blogspot.com/2013/02/kerana-ketagih-judi-dirantai-bapa.html#sthash.Yr4BfCYo.dpuf



[HM] PHNOM PENH: Bosan dengan perangai anaknya yang ketagih berjudi, seorang bapa merantai remaja terbabit ke tiang elektrik sebagai hukuman ponteng sekolah, kata polis semalam.

Pegawai polis Battambang, Cheth Vanny, berkata lelaki terbabit dipercayai terlalu berang apabila mendapati anaknya itu leka berjudi di sebuah kafe siber berhampiran, sedangkan pada waktu itu dia sepatutnya pergi sekolah.

Katanya, remaja berusia 13 tahun itu kemudian dirantai di tempat awam sebagai pengajaran supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

Penyebab Qi & Yuna Berpisah? – Nelydia Jelaskan




Meskipun sebelum ini Nelydia Senrose pernah membuat kenyataan mengenai hubungannya dengan pelakon Qi Razali tidak lebih sebagai kawan, namun masih ada cakap-cakap yang mendakwa dialah yang menjadi penyebab jejaka itu berpisah dengan teman wanitanya, penyanyi Yuna.

Spekulasi dikukuhkan lagi dengan gosip yang timbul baru-baru ini ekoran gambar-gambar mesra mereka tersebar di ruang internet. Malah ada rakan media yang pernah terserempak dengan mereka di sebuah pusat membeli belah beberapa bulan lalu. Lantas pelakon muda yang semakin meningkat naik namanya ini dikatakan sedang asyik bercinta dengan aktor tersebut.

Proton Evolusi G – Kereta Mirip Lamborghini Daripada Proton (5 FOTO)


PROTON EVOLUSI G
Sekali pandang, pasti ramai menyangka ianya adalah kereta
Lamborghini. Begitu juga dengan kami. Namun hakikatnya bukan. Ia adalah kereta keluaran Proton yang telah dimodifikasi sekaligus menampakkanya mirip sebuah kereta Lamborghini. Diberi nama Proton Evolusi G.
Dikatakan kereta mirip Lamborghini ini diubah suai dari model Proton Gen-2 dan hanya menelan kos sebanyak RM8000. Sedihnya, Proton Evolusi G ni tidak akan dijual dipasaran dan boleh dikatakan apa yang anda lihat ini hanyalah konsep sahaja. Baru ingat nak beli. Hee..
PROTON EVOLUSI G
Lagi gambar after the break~

Lawak Jatuh...


Seorang wanita terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat-kuat hati. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris yang terdengar jeritan tadi, menyambut di balkoni.

Wanita : Terima kasih sebab selamatkan saya…
Lelaki Inggeris : Sama-sama, tapi awak kena balas budi saya…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya…
Wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa?! Tidak!!

Terkini : Jambatan Runtuh !



Satu kejadian jambatan runtuh baru sahaja berlaku sebentar tadi di laluan Putrajaya Link selepas Plaza Tol Putrajaya Lebuhraya Elite berhampiran Selangor Science Park 2.
Sila guna laluan alternatif lain seperti keluar melalui persimpangan Saujana Putra sebelum memasuki Lebuhraya Lembah Kelang Selatan, SKVE untuk ke Putrajaya/Cyberjaya.
Anda boleh juga merujuk peta oleh PLUS yang digunapakai ketika kerja-kerja pembinaan jambatan Putrajaya Link dilakukan
alternative-map

Gara-gara dkritik hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat..Salih Yaacob merajuk






















Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube.

Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang.

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

Pelajar tingkatan satu pulangkan wang tercicir RM37,500


BATU PAHAT – Seorang pelajar tingkatan satu sanggup mengayuh basikalnya sejauh 200 meter untuk mengejar sebuah kereta dipandu seorang wanita untuk memulangkan semula beg tangan mengandungi S$15,000 (RM37,500) yang tercicir.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, Amir Azizan Hashim, 13, mengakui tindakannya itu didorong oleh pesanan ibu tersayang supaya memulangkan kembali setiap barang yang ditemui kepada pemiliknya.

Menurutnya, beg tangan itu terjatuh di tempat letak kereta di sebuah pasar raya setelah wanita terbabit meletakkan beg tangan berkenaan di atas bumbung kereta sebelum meninggalkan lokasi, dipercayai untuk pulang ke Singapura.

“Saya tetap ingat pesanan emak, jika terjumpa barang orang kena pulangkan, kalau boleh beri pada pemiliknya. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 10 pagi, awal Januari lalu. Ketika itu saya sedang membeli surat khabar berhampiran sebuah pasar raya yang terletak di Taman Soga.

“Saya menaiki basikal dari rumah yang terletak berhampiran pasar raya itu sebelum ternampak seorang wanita sedang menaiki kereta jenis Nissan berwarna hitam dan beg tangannya berada di atas bumbung kereta.

“Saya percaya wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak menyedari beg tangannya berada di atas bumbung kereta sebelum dia terus menggerakkan kenderaannya dan berlalu dari situ,” katanya kepada Sinar Harian.

Johan As’ari Kongsi Pengalaman Hampir Diliwat



Hampir diliwat merupakan salah satu insiden yang tidak dapat dilupakan buat pelakon berbakat Johan As’ari apabila dirinya mula membintangi sebuah drama slot Aksi TV3 berjudul ‘Karlos.’

Menurut Johan ini adalah pengalaman baru bagi dirinya dan merasa sedikit gementar untuk melakonkan babak tersebut.

“Sebenarnya untuk melakonkan adegan hampir diliwat ini adalah sangat berat dan sukar.
“Pada awalnya saya agak gementar juga dengan watak yang dibawakan oleh Jay Iswazir sebab dia terlalu menjiwai watak dengan mendalam sehingga saya boleh rasa perbuatan hampir diliwat itu seolah-olah betul. Cuak juga la masa tu.


“Ini adalah pengalaman baru dan selama ini saya tak pernah lalui benda-benda macam ini,” ujar Johan sambil tergelak.


Gambar : Remaja Cantik Hilang - Bantuan diperlukan


Gambar : Remaja Cantik Hilang - Bantuan diperlukan
 Oke, ini gambar adik yang dimaksudkan. Alahai muda lagi. Hilang. Hopefully bukan lari rumah ye dik. Risau family awak tue. Minta tolong kepada rakan2 bloggers dan media sosial agar sebarkan kehilangan ini. 

Sebab apa, semakin ramai yang share dan alert wajah adik ini, bermaksud semakin tinggi peluang dia dijumpai semula. Lagi ramai orang tengok dan nampak muka dia lebih bagus. 

Berikut kenyataan dari bapa kepada remaja tersebut dan gambarnya ;

Berikut kenyataan dari bapa kepada remaja tersebut dan gambarnya ;




Kepada rakan2 FB yg nampak anak perempuan saya. Nama nadzirah ashikin umur 17 thn. Dah tak pulang rumah sejak hari sabtu 23hb. Keluar rumah berseluar merah baju putih jaket hitam & tudung hitam. Kali terakhir dilihat di Eastern Plaza & KFC ikut proton exora warna putih ada pelekat 'P'. Siapa2 yg ternampak sila hubungi saya 0138800188 atau ibunya 0198728868. Saya merayu kepada semua rakan2 fb saya untuk bantuan. Segala usaha saya ucapkan terimakasih yg tak terhingga hanya Allah saja yg boleh membalas jasa rakan2 semua

En. Ayuf Abd Rahman Mohon Bantuan sahabat semua...
sumber : FB Ayuf Abd Rahman

Token judi jadi angpau


Token judi jadi angpau

Token judi bernilai RM1 yang didakwa diberikan kepada segelintir pengunjung rumah terbuka itu.
 
GEORGETOWN - Beberapa pengunjung Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran salah seorang wakil rakyat di sini terkejut apabila menerima angpau dalam bentuk token judi.

Kejadian berkenaan disedari salah seorang pengamal media yang turut menghadiri majlis berkenaan.

Dia yang hanya mahu dikenali dengan nama Jane berkata, ia tidak sepatutnya berlaku memandangkan pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

ISTERI GAGAL KAWAL NAFSU ATAU SUAMI YANG GAGAL MENJADI PEMINPIM?




KUALA LUMPUR: Angkara suami dayus, makin ramai wanita di negara ini menderita zahir dan batin selepas ditinggalkan suami bertahun-tahun lamanya tanpa sebab munasabah.


Lebih memburukkan keadaan, ada yang terjerumus ke lembah hina kerana gagal menahan godaan syaitan selepas hidup kesepian tanpa belaian suami biarpun diri masih ‘bergetah’.

Ikuti gelora hidup empat wanita yang berkongsi nasib sama iaitu ditinggalkan suami tidak berhati perut, cuma pendekatan mereka mungkin berbeza dalam mengatasi kemelut perkahwinan.


Shila Amzah : Saya Tidak Mahu Dipinang Ketika Ini !




PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menegaskan tidak membenarkan mana-mana lelaki masuk meminang dirinya buat masa ini dan menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Tuhan.
Berita Harian melaporkan pada Rabu bahawa Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Hamzah, 23, dilaporkan kini lebih berani bersuara berbanding hanya menutup mulut dan meluahkan rasa menerusi Twitter ketika kemelut antara kekasihnya, Sharnaaz Ahmad dan bapanya hebat diperkatakan baru-baru ini.
Dia yang tetap ditemani kedua-dua ibu bapanya bersyukur kerana diberi kekuatan menempuh dugaan yang secara tidak langsung mematangkan diri selain menganggap semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Guna bomoh untuk menang pilihan raya



SHAH ALAM - Cerita orang politik menggunakan bomoh untuk memanjangkan karier politik mereka bukan sesuatu yang baru kerana sering diperkatakan sebelum ini.

Memang sukar untuk percaya dalam zaman moden ini masih ada pemimpin yang melakukan perkara-perkara seperti itu demi mencapai cita-cita politik, tetapi memang tidak mustahil ia masih berlaku.

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz mendedahkan beberapa pemimpin parti politik pernah menemuinya untuk mendapatkan petua agar lebih disenangi rakyat.

Di Indonesia, ahli-ahli politiknya, termasuk nama-nama besar, tidak akan melakukan sesuatu kecuali setelah mendapatkan nasihat bomoh. Presiden Sukarno dikatakan mempunyai berpuluh-puluh bomoh yang berkhidmat untuknya.

Di Afrika, peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

2 lemas main air banjir


Foto

Machang: Keseronokan bermain air banjir membawa padah apabila dua remaja terbunuh selepas bot yang mereka naiki bersama lima rakan terbalik di kolam ikan sedalam 2.4 meter di Kampung Pertok, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.15 pagi sebelum mayat Muhammad Zulkhairi Ab Talib, 15, dan Mohammad Ariff Johan Mohd Noh, 13, ditemui kira-kira setengah jam kemudian oleh penduduk kampung.
Abang kepada Muhammad Zulkhairi, Mohd Zahari, 29, berkata sebelum itu sebaik selesai bersarapan, ibu mereka, Hanifah Mamat, 53, sudah menasihatkan adiknya supaya tidak keluar rumah.

'Kasanova maya' didakwa tipu tiga wanita


Gambar hiasan

GEORGETOWN: Seorang juruteknik komputer hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan menipu tiga wanita, tahun lepas.
K K Prabaharan, 45, didakwa memperdayakan warga emas T Suppamal, 68, untuk menyerahkan enam utas rantai leher, enam pasang subang, dua pasang gelang, lima bentuk cincin dan seutas rantai tangan bernilai RM60,000 untuk tujuan dicuci. 
Dia melakukan kesalahan itu di rumah nombor T-3-32, Taman Hamna Lorong Helang 1, Sungai Dua, Gelugor di sini pada 10 pagi, 7 Nov lepas. 

Ibu bunuh anak lelaki kerana malu zakarnya mengecil



"Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja," begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur semalam. 
    
Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah semalam, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa.  
    
Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. 
    

GAMBAR: Saksikan Detik Cemas Percubaan Bunuh Diri Di Cheras

218114_10151187494386762_41877399_n

Kecekapan anggota bomba telah berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Vietnam yang cuba membunuh diri .

Sebelum itu wanita tersebut telah bertindak mengelar kedua belah pergelangan tangannya.
Peristiwa cemas juga telah disaksikan oleh penghuni sekitar dan orang awam.

Balai terlibat ialah BBP Pudu,Unit RIM dan EMRS serta Jentera TTL Magirus dari BBP Hang Tuah.
Bomba bertindak memasang beg udara sebagai persediaan mengelakkan kecederaan teruk pada gadis itu sekiranya dia terjun.

Ketika dia leka berbual-bual dalam usaha memujuk, pihak bomba bertindak menariknya ke dalam rumah.
Bagaimanapun belum dipastikan punca dan sebab mengapa wanita itu mengambil keputusan untuk membunuh diri.


Syabas kepada semua mereka yang terlibat dalam menangani situasi cemas tersebut!
(Foto Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia)


Calon SPM Kena Cekup Khalwat dengan Duda Anak Dua




Saya petik:
[SH] LEDANG – “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa 
lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

KERETA LEMBU BMW





Seorang pemilik BMW di Qingdao, wilayah Shandong, mengupah lembu untuk kereta menunda kereta beliau di sekitar bandar, selepas seorang peniaga BMW tempatan gagal beberapa kali untuk membaiki kereta lelaki itu. Lembu dilaporkan menerima upah kos 1,000 yuan pada hari mogok itu huhu. 

Beginilah Cara Ketua Gangster Di China Cari Isteri (9 Gambar)



Di China terdapat banyak taikun kaya yang terlalu sibuk nak dating 
akibat bisnes dan terpaksa membeli bini. 

Terkini 11 orang hartawan berstatus billionaire menawarkan ganjaran 
Yuan 50 000 kepada agensi perkahwinan yang berjaya mencarikan isteri 
yang sesuai untuk mereka.

Wanita Indonesia dakwa dirogol polis lakukan hubungan seks dengan teman lelaki



BUTTERWORTH - Seorang wanita warga Indonesia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini dia melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya sebelum membuat laporan polis mendakwa dia dirogol tiga anggota polis pada 9 November tahun lepas.
 
Mangsa, 26, membuat pengakuan itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim pada perbicaraan hari pertama kes rogol membabitkan tiga tertuduh iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21.
 
Mangsa juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 52 tahun beberapa kali sepanjang lapan bulan tinggal bersama.
 

MONUMEN NELSON MANDELA YANG SANGAT MENGKAGUMKAN DAN SUPERB




Monumen ini telah dihasilkan oleh artis Afrika Selatan, Marco Cianfanelli untuk peringatan ulang tahun ke 50 di mana Mandela telah ditangkap dan dipenjara.


Monumen ini telah dibina di tempat di mana Mandela ditangkap. 
Mandela telah dimasukkan ke dalam penjara untuk 27 tahun. 
Monumen ini dibina menggunakan 50 batang besi untuk mewakili ulang tahun ke 50. 

Kes ragut berlaku semalam di Salak Selatan..



Kes ragut yang berlaku semalam di Salak Selatan.


Terlalu banyak faktor mengapa perkara ini berlaku. Pada pandangan kami, terlalu ramai warga asing yang bermaharaja di Malaysia dan ada segelintir dari mereka terpaksa mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Apapun ianya golongan terpencil sahaja. Ramai lagi yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki yang halal (usah pandang serong pada semua).

Ini Baru Betul Gila Kentang



Lihat gambar diatas, gila kentang tak? Agak-agaknya, berapa banyak set kentang yang dipesan? Jika anda, boleh tak anda habiskan dalam masa 1 hari? Boleh rabak perut anda nanti...

Ditahan naik roller coaster gara -gara badan




I
nilah kisah yang terjadi pada seorang wanita yang bernama Alison Bell apabila dia disuruh turun dari tempat duduk roller coaster kerana kerana saiz badannya,
penghalang tempat duduk tidak dapat dikunci.

Fazura Sudah Berkahwin?



“Dah kahwin? Dengan siapa tu? Banyak juga nama calon-calon yang saya dengar. Tapi semua sedia maklum bahawa saya bukan jenis yang suka komen soal peribadi,” ujar pelakon dan model jelita, Fazura apabila diajukan soalan sedemikian rupa, semalam.

 “Cuma doakan sahaja yang terbaik buat diri saya. Saya sentiasa percaya dengan ketentuan Allah.”
“Saya memang berazam nak berkahwin tahun ini sebab umur saya pun sudah mencecah 30 tahun. Kalau jodoh saya sampai, Insyallah. Doakan semoga saya bahagia,” kata Fazura sekaligus menafikan khabar angin yang tak tepat itu.

Chacha Maembong Dilarang Seksi



Pelakon remaja, Chacha Maembong atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail, 17, telah dikenakan syarat supaya tidak berpakaian seksi serta tak boleh bergambar mesra bersama rakan artis lelaki. 

Jadi Cantik Kerana Abang Kandungnya



Ada satu cerita yang cukup menarik untuk dikongsi kepada semua pembaca. Terdapat seorang gadis di Korea Selatan ingin menjadi cantik demi abang kandungnya. Abang kandungnya yang seorang OKU inginkan adiknya cantik seperti artis Korea yang lain. 

Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena































Dalam kerancakan masa sekarang, kita banyak mendengar perubahan dan hijrah yang dilakukan oleh seseorang demi untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik.

Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui.
Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam.


Bagi yang terdetik untuk mendalami ilmu agama dan ingin meninggalkan perkara yang buruk termasuklah dari segi pemakaian baju, itu sesuatu yang patut kita syukuri.
Itu adalah kisah ingin berhijrah.