PERPUSTAKAAN KECIL DIPERBUAT DARIPADA TANGKI PLASTIK (7 GAMBAR)

Jika ingin meminjam buku, antara tempat yang sering dilawati adalah perpustakaan. Namun mungkin ada juga di kalangan kita yang sedikit keberatan ingin ke perpustakaan kerana faktor jarak, selain pelbagai prosedur yang perlu dilakukan sebelum meminjam buku.


Namun satu konsep perpustakaan yang diperkenalkan di New York ini memberikan lebih kemudahan untuk orang ramai meminjam buku kerana bukan sahaja ianya mudah alih, malahan prosedurnya juga mudah. Perpustakaan kecil yang menyediakan perkhidmatan meminjam buku percuma ini diilhamkan oleh Stereotank, satu studio yang ditubuhkan oleh arkitek Marcelo Ertorteguy dan Sara Valente dari Venezuela.

Struktur perpustakaan ini diperbuat daripada tangki plastik yang diterbalikkan dan rangka kayu. Bahagian dalam tangki plastik tersebut dibina dengan rak buku di mana orang ramai boleh meminjam atau memulangkan buku yang disediakan. Satu konsep yang sangat menarik. Rasanya adakah perpustakaan sebegini sesuai untuk diaplikasikan di negara kita?

NGERI : ROLLER COASTER YANG DIREKA UNTUK MEMBUNUH PENUMPANG (3 Gambar)

Tahukah anda apa itu euthanasia? Euthanasia adalah satu proses mengambil nyawa seseorang dengan tujuan untuk menamatkan sakit dan penderitaan. Ianya juga disebut sebagai mercy killing.

Proses euthanasia yang mendapat kebenaran daripada pesakit dibenarkan menurut undang-undang di sesetengah negara, manakala yang tidak mendapat kebenaran atau secara paksaan adalah diharamkan di mana-mana negara. Terdapat beberapa cara untuk melakukan proses ini, namun satu rekaan konsep roller coaster ini dibina bertujuan untuk mematikan seseorang dalam keadaan ghairah (huh?).

Basikal Tanpa Rantai Yang Sangat Moden Dan Canggih (8 Gambar)

Basikal yang digerakkan tanpa rantai yang sangat canggih dan kelihatan awesome ini adalah merupakan rekaan dua orang designer bernama Edward Kim dan Benny Cemoli. Bukan sahaja reka bentuknya yang kelihatan sofistikated dan awesome, malahan basikal ini dilengkapkan dengan teknologi moden dan canggih.


Diberi nama INgSOC, basikal tanpa rantai ini digerakkan dengan teknologi hybrid iaitu gabungan tiga janaan kuasa, iaitu battery-powered, battery assists dan battery charge mode, di mana bateri digerakkan dengan gerakan pedal. Dari segi reka bentuknya, ianya dibina dengan gabungan bantuk aerodinamik dan pemanduan flexible.

Rangka basikal ini pula dibina menggunakan bahan polimer yang diperkuatkan dengan carbon fibre, menjadikannya sangat ringan. Antara ciri lain yang dipasang adalah dock untuk mengecas iPhone ketika mengayuh basikal. Why always iphone?

LUKISAN POSTER 11 PEMAIN BOLA SEPAK SEPANJANG ZAMAN (11 GAMBAR)

Jika anda diminta untuk menyenaraikan best 11 football players of all time ataupun 11 pemain bola sepak kegemaran anda, siapakah yang bakal anda pilih? Ty Palmer, seorang illustrator mempunyai senarai pemain kegemaran beliau sendiri dan ianya digambarkan melalui koleksi lukisan yang menarik ini.


Koleksi poster yang diberi nama 11 Series ini menampilkan 11 pemain kegemaran Ty Palmer yang diberi nombor 1 hingga 11, dari posisi penjaga gol hinggalah striker. Palmer yang meminati sukan bola sepak berhasrat untuk mengabadikan barisan pemain 'genius' di dalam lukisan beliau.

Setiap poster dilukis dengan warna mengikut lambang atau jersi pemain masing-masing dan stadium ikonik bagi setiap pemain digabungkan bersama sebagai latar belakang. Menampilkan pemain-pemain lama seperti Pele, George Best dan Franz Beckenbauer hinggalah yang masih bermain ketika ini seperti Cristiano Ronaldo dan Steven Gerrard. Ini adalah barisan 11 pemain sepanjang zaman kegemaran beliau

TIN AIR BERKARBONAT VERSI HELLO KITTY (6 GAMBAR)

Anda minat Hello Kitty? Di sini ada satu produk dari Hello Kitty yang mungkin agak menarik untuk anda, iaitu rekaan tin air berkarbonat Hello Kitty Strawberry Cola.


Rekaan tin air berkarbonat yang direka oleh seorang pereka bernama Taevas dari Estonia ini direka khas untuk pasaran di Latvia. Walaupun packaging bagi rekaan ini kelihatan seperti khas untuk kanak-kanak, namun ianya dipasarkan khas untuk pelanggan dewasa.

UNCANG TEH BERBENTUK PEN DRIVE YANG CREATIVE (8 GAMBAR)

Sebuah design firm dari Jepun, Kinto, baru-baru ini telah mereka satu uncang teh yang lain dari yang lain iaitu berbentuk USB stick ataupun lebih dikenali sebagai pendrive. Rekaan uncang teh yang kreatif ini mendapat inspirasi dari revolusi design yang semakin menekankan penggunaan smartphones dalam kehidupan seharian.


Rekaannya menampilkan penutup yang boleh dibuka untuk mengambil serbuk teh dan ditutup apabila ianya dimasukkan ke dalam air panas. Ianya didatangkan bersama satu stand untuk meletakkan uncang teh tersebut apabila tidak digunakan. Sangat sesuai bagi mereka yang ingin membuat air teh sendiri di pejabat mahupun di universiti sebagai alternatif kepada tea bag. 

KUBAH EKSPERIMEN MASA DEPAN MANUSIA DI ANGKASA LEPAS (16 GAMBAR)

Projek Biosphere 2 dimulakan untuk melihat sama ada manusia boleh hidup jika koloni dibina di Marikh ataupun bulan. Biosphere ialah habitat yang menempatkan kolam ikan, rumah hijau, ladang sayur-sayuran dan binatang yang kedap udara dan air. Ianya dibina oleh Space Biosphere Ventures pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1991 di Pergunungan Santa Carolina, Arizona USA. Ia terdiri dari kubah-iubah berkeluasan 1900 meter persegi untuk hutan hujan, kubah 850 meter persegi untuk hidupan laut , kubah 450 meter persegi paya bakau, kubah 1300 meter persegi padang rumput savana, kubah 1400 meter persegi padang pasir dan kubah 2500 meter persegi untuk pertanian.


Pada September 1991, 8 orang saintis memasuki kubah Biosphere 2 untuk hidup tanpa bantuan luar selama dua tahun. Pada saintis ini akan cuba untuk hidup dan mengitar semula bahan kumbahan seperti ianya benar-benar sebuah koloni manusia di angkasa lepas.Sepanjang eksperiman dijalankan para saintis ini mengalami perlabagai masalah seperti kekurangan oksigen dan kekurangan bahan makanan kerana kematian sumber makanan. Selepas 2 tahun mereka akhirnya keluar pada tahun 1993. Mereka mendapati manusia masih belum mempunyai teknologi untuk membuka koloni di angkasa selepas. Pada tahun kedua eksperimen, kandungan karbon dioksida di dalam kubah meningkat kepada peratusan yang berbahaya sehingga oksigen terpaksa dipam dari luar. Sungguhpun tidak berjaya 100%, eksperimen Biosphere 2 banyak mengajar kita tentang apa yang harus dan tidak harus dilakukan jika kita perlu berpindah ke planet lain di masa hadapan. 

Biosphere 2 kini di bawah penjagaan Universiti Arizona dan menjadi makmal eksperimen untuk melihat kesan jangka panjang kesan rumah hijau terhadap flora dan fauna pelbagai habitat dunia. Mari belajar sesuatu!

Keretapi Jepun "Maglev" Yang Mempunyai Kelajuan 500 km/j ( Video ) !!!

Maglev menggunakan kuasa magnet menjalani ujian pertama di Tokyo.

TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam.

Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda.

KASUT ROLLS-ROYCE PHAMTOM BERSALUT EMAS (5 Gambar)

Pereka fesyen yang berasal dari China, Chris Lu telah mempamerkan kasut tinggi bersalut emas yang diselaputi berlian rekaannya untuk dijual kepada umum. Kasut tersebut menyerupai bentuk sebuah Rolls-Royce Phantom iaitu sebuah jenama kenderaan kelas mewah milik British. Sebagai pereka, ciptaan kasut rekaan beliau merupakan satu penghormatan kepada syarikat kereta lagenda itu. 


LELAKI TANPA TANGAN DAN KAKI KINI SEORANG BAPA (9 GAMBAR)

Nick Vujicic ialah pakar motivasi yang mendapat perhatian dunia kerana tidak menggunakan kekurangan beliau tidak mempunyai kaki dan tangan untuk mengalah. Video beliau memberikan ucapan motivasi menjadi viral beberapa tahun yang lalu. Beliau kini menjadi seorang ayah kepada seorang bayi lelaki. AMOI suka orang bermotivasi!


MARI MELAWAT TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH TERBESAR HANOI (16 GAMBAR)

Tapak pembuangan sampah Nam Son, ialah tapak pembuangan sampah terbesar di Hanoi Vietnam. Ianya mula dibuka pada tahun 1999 dan menjadi tempat 800 orang pengutip barang lusuh mencari rezeki yang halal. Setiap hari 6000 tan sampah dibuang di Nam Son dan 10 tan daripadanya dapat dikitar semula selepas dikutip oleh pengutip barang lusuh. Pengutip ini mula bekerja pada jam 3 pagi kerana ianya masa paling selamat kerana ketiadaan lori yang mungkin melanggar mereka. Barang lusuh yang boleh dikitar semula kemudian dijual kepada peraih yang terletak di dalam Nam Son. Secara purata seorang pengutip barang lusuh boleh mendapat bayaran di antara 80,000 dan 100,000 Dong (RM 12 - 14 ) sehari. 

KEDAAAN DI DALAM PENJARA TERKENAL FILIPINA (12 GAMBAR)

Cebu Provincial Detention and Rehabilitation Center ialah penjara yang unik di Filipina. Ianya penjara yang menggunakan koreografi tarian sebagai salah satu cara untuk memulihkan banduan yang ditahan di dalamnya. Banduan-banduan ini kesemuanya meringkuk di dalam penjara CPDRC. Mereka dikatakan berada keadaan di dalam penjara yang masih lagi belum sempurna dan mengikut piawaian hak asasi manusia. 


BASIKAL LUMBA DENGAN EMPAT PEDAL KAYUHAN (8 GAMBAR)

Four Strike ialah konsep basikal dengan empat pedal kayuhan.Ianya rekaan Lex van Stekelenburg seorang jurubedah dan peminat lumba basikal yang mengalami masalah sakit belakang. Beliau mencipta konsep di bawah dimana penunggal boleh mengayuh menggunakan kaki dan tangan pada waktu yang sama. Lex percaya dengan melakukan kayuhan tangan, bahagian lengan dan belakang penunggang akan menjadi lebih kuat dan mengurangkan masalah kesakitan pinggang. 


KEADAAN DI DALAM TEROWONG SMART KETIKA BANJIR (9 GAMBAR)

Pernah lihat keadaan di dalam terowong SMART ketika dipenuhi air? Mari belajar sesuatu.


Kaki Pencuri Besi Putus Ditetak Dengan Parang (Gambar)

Seorang pencuri besi putus pergelangan kaki kiri selepas bergelut dengan pemilik sebuah kolam ikan di Kampung Gong Puyuh, Kelantan pagi tadi. Awalnya suspek cuba mengambil besi di kolam ikan tersebut tetapi tindakannya disedari anak saudara kepada pemilik kolam tersebut, kira-kira jam 11 pagi.


Si suspek pada awalnya cuba tunjuk hero dengan menyerang pemilik kolam dengan menggunakan besi yang diambil dari kolam. Sebelum itu, pemilik kolam mengejar suspek dan suspek lari dengan memandu sebuah van. Bagaimanapun, suspek terlanggar pemilik kolam ketika melarikan diri.

Suspek terus keluar dari van, mengambil besi dan melibas ke arah pemilik kolam. Dalam syok-syok suspek melibas, pemilik kolam mencapai parang di raga motornya dan turut melibas bagi mempertahankan diri. Libasan pemilik kolam mengenai pergelangan kaki kiri suspek.


Suspek kemudiannya menyerah diri dan suspek diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

KAPAL SELAM MERANGKAP KAPAL LAYAR MODEN (10 GAMBAR)

Migaloo, sebuah konsep kapal selam yang juga boleh berfungsi sebagai sebuah kapal layar. Ianya rekaan Christian Gumpolddan Christopher Gloning. Menurut dua peraka ini Migaloo memberi keunikan kepada pemilik disamping memastikan privasi ketika berlayar. Jika anda mahu melarikan diri dari paparazi Migaloo akan menyelam dan anda boleh berlayar ke destinasi pilihan tanpda diekori sesiapa. Cool.


Keadaan Di Dalam Pesawat Singapore Airlines Selepas Dilanda Turbulence (2 Gambar)

Sebuah pesawat Singapore Airline Airbus A380-800 yang dalam perjalanan dari Singapora ke Heathrow, London, mengalami ribut di udara setelah berlepas hampir 90 minit. Ketika kejadian, sarapan pagi baru sahaja dihidangkan oleh krew kabin.

Menurut maklumat, ribut tersebut menyebabkan perbezaan altitud hampir 100 kaki secara mendadak, hingga menyebabkan barang-barang yang tidak terikat terbang dan terapung didalam kabin, sebelum bersepah jatuh di dalam pesawat, begitu juga dengan tray dan makanan yang jatuh di laluan tengah pesawat ketika ribut berlaku.

Mujur pesawat dapat meneruskan perjalanan dan mendarat di London dengan selamat selepas 13 jam perjalanan. 7 penumpang dilaporkan cedera ringan.

LEMBU PALING GEBU DAN COMEL DI DUNIA (11 GAMBAR)

Apa yang anda lihat di bawah bukanlah photoshop tetapi lembu yang dipamper sehingga mempunyai bulu yang gebu. Lembu-lembu ini dibela semata-mata untuk dipertandingan di pameran-pameran lembu di Amerika Syarikat. Bulu lembu "ratu cantik" ini diberus dan diguntung untuk kelihatan seperti bulu teddy bear


Kunci Rumah Anda Dengan Menggunakan Telefon Bimbit (5 Gambar)

Alat ini gunakan untuk mengunci rumah anda dengan menggunakan telefon bimbit sahaja. Korang boleh mengawal kunci rumah tanpa perlu menggunakan kunci dan kod rahsia. Korang hanya perlukan sebuah telefon pintar sahaja. Alat ini berharga $199 dan akan dijual pada hujung tahun ini 

IKLAN-IKLAN ROKOK ZAMAN DAHULU (14 GAMBAR)

Mari lihat iklan-iklan rokok klasik yang mengiklankan produk tembakau dengan maklumat yang salah. Dulu sebelum ada kajian mengenai rokok orang ramai menggangap rokok itu baik untuk kesihatan. Seriously?


Hukuman Mati Menggunakan AK-47 Terhadap Perogol Di Yemen (5 Gambar)

Berikut merupakan gambar hukuman mati yang telah dijalankan ke atas seorang pesalah di Yemen. Lelaki itu yang merupakan seorang tukang gunting rambut telah dihukum mati setelah didapati bersalah meliwat dan membunuh budak lelaki berumur 11 tahun yang memasuki kedainya untuk menggunting rambut.


Hukuman dijalankan di khalayak ramai dengan lelaki tersebut dibaringkan terlentang di atas tanah dan ditembak menggunakan senjata ak-47 sebanyak 4 das di bahagian belakang.

Bomba Memotong Cincin Yang Terlekat Pada Jari Mangsa (4 Gambar)

Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Shah Alam telah menerima panggilan kecemasan daripada Balai Bomba Sri Andalas memotong cincin yang melekat di jari dua mangsa di hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.


Tiga orang anggota diketuai oleh Mohd Faizal Samsudin bersama dua anggota lain, Mohd Zainal Hashim dan Muhamad Hafiz Hussin telah bergegas ketempat kejadian. Mangsa pertama seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan tiga tahun dan mangsa kedua seorang pemuda berusia dalam lingkungan 20-an.

Kecekapan dan ketelitian anggota-anggota bomba terbabit berjaya memisahkan cincin tersebut dari jari kedua-dua orang mangsa, syabas!

FAKTA - FAKTA SADIS MENGENAI LIBERIA (12 FAKTA)

Seks bermula dari 3 sen? Tahap pengangguran yang tinggi? Mutilasi kemaluan? 

Seni Atas Kopi Latte Versi 3D YANG Cool (10 Gambar)

K. Yamamoto telah menunjukkan betapa berbakat dirinya dengan menghasilkan seni lukis pada kopi latte di kopitian Cafe10g, Osaka. Take one and drink it!


Kuasa MakeUp - Dari Rupa Gadis Biasa Ke Rupa Gadis Selebriti (15 Gambar)

Tidak dinafikan lagi, makeup sangat pandai menipu mata orang ramai. DAMM!


Hobi Paling Pelik Dan Mencabar Minggu Ini (12 Gambar)

Remaja yang mempunyai hobi menjelajah kawasan baru sambil seterika pakaiannya. Ke mana beliau pergi, pastinya si sterika akan dibawa. Epic!


Hukuman Pada Pencuri Handphone Versi China (3 Gambar)

Seorang gadis telah ditangkap mencuri handphone di sebuah kedai pakaian. Daripada melaporkan pada polis, pemilik dan pekerjanya selesaikan kes ini sendiri dengan menjatuhkan hukuman ke atas pencuri itu. Hukumannya adalah belasahnya dan gunting rambut. Eawwwwwwww


Lelaki Dengan Bil Telefon Paling Tinggi Di Dunia 1.37JUTA (4 Gambar)


Chris Hadfield telah menjadi topik hangat dalam beberapa hari ini. Beliau sangat terkenal dan amat disukai oleh semua orang. Chris Hadfield merupakan anak kepada pasangan Kanada, yang dilahirkan di Sarnia, Ontario pada 25 Ogos 1959 dan dibesarkan di Milton, Ontario. Beliau adalah suami kepada Helene Hadfield dan mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak. Ibu bapa kepada lelaki hebat ini adalah Roger dan Eleanor Hadfield. Chris membesar di sebuah ladang jagung dan minatnya dalam dunia penerbangan bermula dari usia yang sangat muda iaitu selepas dia melihat pendaratan Apollo di Bulan pada zaman kanak-kanaknya.

Keanu Reeves Dulu Vs Sekarang (The Matrik)

Mari lihat Keanu Reeves versi 2013. Setelah membintangi filem hebat dan terkenal seperti Speed ​​dan Matrix, peminat biasa dengan melihat Keanu Reeves dalam keadaan yang kemas dan bergaya. Disebabkan itu, apabila kelibat pelakon terkenal itu disedari peminat baru-baru ini, mereka terkejut dengan penampilan terbarunya. Keanu Reeves dilihat agak berisi dan sangat selekeh dengan pakaian yang sangat santai dan dia seperti tidak terurus.


CASING POWER BANK MAGNETIK IPHONE 5 (9 GAMBAR)

Masalah dengan kebanyakkan power bank ialah ianya bulky dan tidak mudah dibawa. Casing dengan powerbank pula terlalu besar. Casing i Phone 5 di bawah cuba menyelesaikan masalah ini dengan casing dengan power bank yang boleh ditanggalkan. Power bank disambungkan secara magnetik. Casing power bank ini dijual pada harga USD 47 (RM 148) sebuah.


Pasangan Lesbian Islam Pertama 'Berkahwin' Di Dunia (3 Gambar)

Dua orang gadis Pakistan telah menjadi pasangan lesbian Islam pertama yang 'berkahwin' di dunia. Upacara itu dilangsungkan di UK. Rehana Kausar dan Sobia Kamar telah menerima ugutan mati semasa upacara itu semalam. Menurut mereka, sebelum mereka ke UK, di Pakistan mereka seringkali menerima ugutan mati dari rakyat negara itu kerana perbuatan mereka menyalahi agama Islam. Right now mereka berdua dalam proses menjadi penduduk tetap di UK.