"RUMAH PENGECAS" PELBAGAI PERANTI MILIK ANDA (8 GAMBAR)

Griffin Multidock cuba menyelesaikan masalah yang dialami pemilik pelbagai peranti seluruh dunia. Rumah pengecas pelbagai peranti ini hanya memerlukan satu palam kuasa tetapi mampu mengecas 10 peranti pada satu-satu masa. Ia diperbuat daripada aluminium dan dijual pada harga USD 700 (RM 2200) sebuah. Agak mahal.


SENIA MINIATUR REALISTIK MICHAEL PAUL SMITH (18 GAMBAR)

Michael Paul Smith ialah seorang jurufoto dan pembina miniatur yang berasal dari Boston Amerika Syarikat. Beliau menggabungkan kepakaran membina model dan mengambil gambar beliau untuk menghasilkan gambar miniatur yang nampak realistik. Menakjubkan bagaimana pencahayaan dan penggunaan sudut gambar yang terperinci boleh menghasilkan karya seni yang hebat. 


RAKYAT MALAYSIA CIPTA ALAT PENJIMATAN MINYAK (2 Gambar)

Iklan alat penjimatan minyak kat bawah ni. atau lebih dikenali sebagai selimut penjimatan minyak. Ade dijual dimana-mana sahaja.. Murah dan senang digunakan. Minyak dapat dijimatkan sehingga 100%!! 


BANDAR YANG HILANG KINI MUNCUL KEMBALI SELEPAS 5 TAHUN (8 Gambar)

Koleksi gambar-gambar dibawah ini menunjukkan pemandangan menakjubkan sebuah bandar yang secara keseluruhannya telah muncul dari tasik kira-kira lima tahun selepas ia tenggelam berikutan gempa bumi yang berlaku secara besar-besaran.

Hampir 10 buah bangunan termasuk rumah, pejabat dan sekolah rendah telah beransur-ansur muncul dari air selepas bandar Xuanping musnah pada tahun 2008.

BAS EKSPRESS DENGAN KATIL UNTUK TIDUR (10 GAMBAR)

Kabin tidur di dalam kapal terbang dan keretapi kini sudah mainstream. Yang masih belum mainstream ialah bas ekspress dengan kabin tidur. Di England terdapat Megabus yang dilengkapi kabin tidur. Perkhidmatan bas ini ialah diantara London dan Edinburgh yang memakan masa 7 jam 50 minit. Megabus mampu membawa 53 orang penumpang pada satu-satu masa. Kos pembinaan setiap Mengabus ini pula ialah GBP 500 000 (RM 2.6 Juta) sebuah. Rasanya kalau di Malaysia ada bas sebegini pastinya cool. 


LAGI CARA TERBARU SELUDUR DADAH VERSI MEXICO (2 Gambar)

Ok, ini nice!

HOTEL KAPSUL DI SINGAPURA (10 GAMBAR)

Hotel kapsul ialah hotel mikro yang sangat popular di Jepun. Di negara matahari terbit hotel mini ini dihuni oleh salarymen yang tidak mahu pulang ke rumah selepas bekerja. Mereka hanya perlukan tempat tidur semalaman sebelum kembali bekerja. The Pod ialah hotel kapsul dengan rekaan yang lebih kontemporari dan mewah. Hotel ini mungkin menawarkan bilik kapsul kecil tetapi hiasan dalamannya nampak sangat mewah. The Pod tidak menggunakan pod plastik seperti hospital kapsul biasa. Sebaliknya blik dan perabot kayu digunakan. The Pod terletak di Beach Roaddan sekiranya anda berminat bilik boleh disewa pada harga SGD 78 (RM200) semalam. 

PATUNG DORAEMON BERSAIZ SEBENAR KINI DIJUAL (5 GAMBAR)

Angkat tangan siapa semasa di sekolah dahulu baca komik Doraemon. Angkat tangan siapa semasa membaca komik Doraemon pernah terfikir mahu mempunyai Doraemon mereka sendiri. sadly teknologi robot kucing yang mampu berkata-kata belum menjadi realiti kerana Doraemon sebenar masih tidak dijual. Paling dekat sekarang ialah patung Doraemon berskala sebenar. Patung setinggi 1.3 Meter ini dijual di Jepun pada harga Yen 194250 (RM 6411)sebuah. 


SERIUS : JAGUAR VS BUAYA, SIAPA AKAN MENANG? (10 Gambar)

Pembunuhan versi haiwan!



PEMANDANGAN YANG MENJIJIKKAN SELEPAS FESTIVAL (7 Gambar)

Berikut merupakan gambar yang menunjukkan keadaan selepas Reading Festival yang berlangsung setiap tahun di England. Lautan sampah yang memenuhi kawasan Festival ini dijangka mengambil masa 2 minggu untuk dibersihkan oleh pihak penganjur. Sampah sarap ini termasuk khemah, tin kosong, puntung rokok dan barang-barang yang tertinggal oleh pengunjung yang mencecah 90,000 orang. 


KEADAAN SEKITAR KOMUTER JEPUN TAHU 60-an (10 Gambar)

Keadaan Sekitar Komuter Jepun Pada Tahun 60-an dan 70-an.


KAEDAH PENJIMATAN MINYAK YANG DIYAKINI BERKESAN (2 Gambar)

Berikut merupakan langkah-langkah penjimatan minyak secara maksimum dan efektif bagi penunggang motosikal selari dengan usaha kerajaan untuk memokaikan poket para pengguna jalanraya terutamanya yang menggunakan kenderaan bermotor. Bacalah dengan tenang.




REKABENTUK ALIEN DITEMUI PADA BANGUNAN LAMA (3 Gambar)

Dari mana mereka dapat semua idea ini? Alien?

APABILA KEPALA KUCING TERSANGKUT DALAM TIN MAKANAN (3 Gambar)

Kucing ini juga memerlukan pihak bomba untuk keluarkannya dari tin makanan.


Apabila Burger Digabungkan Dengan Pizza Menghasilkan Hidangan Baru (4 Gambar)

Di Jepun, ramai yang menyatakan yang mereka tidak mampu pilih antara burger atau piza untuk dimakan. Jadi satu hidangan baru telah diperkenalkan untuk menggabungkan kedua-dua makan tersebut dan dipanggil Megaburgerpizza.Megaburgerpizza ini telah mulai dijual di Pizza Little PArty Kyoto dengan harga RM80. 


RUPA PELAKON FILEM SCHOOL OF ROCK SEKARANG (8 GAMBAR)

Sedarkah anda filem School of Rock kini sudah berusia 10 tahun? Sedekad sudah berlaku dan marilah kita lihat rupa pelakon-pelakon filem ini sekarang. 



TENTERA SYRIA SEMASA WAKTU LAPANG (11 Gambar)

Ini berlaku semasa tentera pemberontak Syria berehat.


SUAMI MITHALI BELI 55 00 BAJU UNTUK ISTERI DALAM MASA 56 TAHUN! (11 GAMBAR)

Paul Brockman (78) ialah seorang suami yang mahukan isteri beliau kelihatan cantik setiap hari. Sejak berkahwin 56 tahun yang lalu, Paul sudah membeli 55 000 pasang baju untuk isteri beliau dan membelanjakan 1.5 Juta Dollar! Menurut Paul yang kini tinggal di California, beliau mahu isteri beliau kelihatan cantik setiap hari dan akan membeli lebih dari sepasang baju sehari. Lama-kelamaan koleksi baju yang dibelikan memenuhi ruang simpanan untuk 7 kontena kargo. Yang menariknya ialah isteri Paul, Margot banyak kali memberitahu suami beliau supaya berhenti membelikan dirinya baju baru tetapi Paul berkeras. Tabiat aneh ini berjaya disorokkan dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Anak beliau sendiri baru mengetahui akan "hobi" bapa beliau beberapa tahun yang lalu. Kini koleksi 55 000 pasang baju ini akan dijual. Paul mengaku ada baju yang dibeli tidak pernah dipakai oleh Margot. Beliau menjual baju yang dikumpul selama berdekad lamanya ini kerana sudah tidak ada tempat untuk menyimpannya. Beliau juga sudah dua bulan tidak membelikan baju baru untuk Margot. 


PELAJAR WANITA DIARAH CIUM GURU UNTUK LULUS (7 Gambar)

Seorang cikgu bernama Zhang Runhua dari Sekolah Menengah Tuqiao sekitar Linxia County telah meminta pelajar untuk sama ada menciumnya atau dia menciumnya sebelum mereka boleh lulus. Ramai cikgu lain terkejut dengan insiden itu kerana selama ini mereka tahu yang keputusan dari kelas Cikgu Zhang adalah sangat baik. Pengetua sekolah telah memberhentikan cikgu kesayangan ini daripada mengajar lagi di sekolah tersebut.

SEJARAH RAMBUT PALSU YANG ANDA TIDAK TAHU

Apakah sejarah penggunaan rambut palsu oleh manusia? Sudah berapa lamakah rambut palsu digunakan oleh manusia? Baca infografik di bawah untuk jawapannya.


PUSAT MEMBELI BELAH JENAMA CIPLAK DI CHINA (8 GAMBAR)

Di Shenyang China terdapat sebuah pusat membeli belah yang mempunyai "kedai-kedai" berjenama ciplak. Kedai barangan berjenama terkemuka dunia edisi ciplak seperti Chanel, Starbocks dan Herwes dibuka Wanda Square. Menurut tuan punya pusat membeli belah ini, apa yang mereka lakukan tidak salah disisi undang-undang kerana tiada barangan ciplak dijual di premis mereka. Apa yang mereka lakukan hanya mencipta "jenama baru" untuk memberikan ilusi pusat membeli belah mereka mempunyai kedai barangan mewah. 


OPERASI PERANG SARAF ANTI KOMUNIS KETIKA DARURAT (14 GAMBAR)

Sejarah

Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Sungguhpun begitu Parti Komunis Malaya enggan mengiktiraf kemerdekaan ini dan masih menganggap Malaya masih di bawah telunjuk Britain. Pada pendapat mereka Malaysia kini menjadi negara vasal dengan Tunku Abdul Rahman menjadi boneka Inggeris. Selepas Merdeka operasi perang saraf keatas komunis di seluruh Tanah Melayu diteruskan. Operasi perang saraf ini sudah berlangsung sejak Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ratusan juta helai pamplet propaganda anti komunis ditaburkan di kawasan-kawasan yang dipercayai menjadi kubu kuat komunis. Pada tahun 1949sahaja 3.75 naskah akhbar dan 50 juta pamplet propaganda digugurkan! Pada tahun 1956 pula 100 juta pamplet propaganda digugurkan! Woah!

Kinetic Rain Di Airport Changi Singapura

Kinetic Rain ialah sebuah arca yang dihasikan oleh ART+COM. Satu Kinetic Rain terdiri dari 608 ketulan Aluminum bersalut Copper yg berbentuk titisan air. Setiap satu titisan air ini boleh bergerak keatas dan kebawah dan pergerakan menggunakan motor itu dikawal oleh komputer yg telah diprogramkan. Sila rujuk video untuk lebih memahami konsep Kinetic Rain.

#Singapore! 

POTRET TOKOH TERNAMA DUNIA EDISI ILUSI OPTIK OLEG SHUPLYAK (10 GAMBAR)

Ini memang kreatif! Potret tokoh ternama dunia yang dilukis menggunakan teknik ilusi optik. Kesemua lukisan ini dihasilkan oleh Oleg Shuplyak, seorang artis yang berasal dari Ukraine.


"Terracotta Warriors", Misteri Pahlawan Makam Dinasti Qin (5 Gambar)

Pada tahun 1974, seorang petani telah menemui makam Maharaja Qin, satu daripada tinggalan arkeologi terhebat semasa menggali perigi berhampiran Gunung Li di wilayah Shaanxi, China. Maharaja Qin Shi Huang yang mangkat pada tahun 210 SM dikebumikan bersama rombongan misteri tentera terracotta (terracotta warriors).

Semenjak itu, para ahli arkeologi telah menghabiskan 40 tahun lalu dan mendedahkan secara terperinci patung pahlawan bersaiz sebenar dari lubang seluas 22 batu persegi (57 kilometer persegi).

PLAT KERETA BERNILAI RM30.9 JUTA (4 Gambar)

London – Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.

CARA PELAJAR CHINA MAKAN DI KAFETERIA (6 Gambar)

Semua benda rare mesti libatkan china. yeah..


LELAKI TERKAYA DI DUNIA DENGAN NILAI $92 QUADRILION (2 Gambar)

Pittsburg: Sebagai pelanggan tetap PayPal, Chris Reynolds membelanjakan tidak lebih AS$100 (RM318) sebulan. Jadi apabila lelaki berusia 56 tahun itu memeriksa baki dalam akaun syarikat pemindahan wang dalam talian itu baru-baru ini, ia cukup mengejutkan baginya apabila diberitahu dia adalah ‘quadrillionaire’, orang terkaya di dunia.


Reynolds dari daerah Delaware membuka kenyataan bulanannya melalui e-mel pada Jumaat sebelum mendapat tahu baki dalam akaunnya melonjak kepada AS$92,233,720,368,547,800.

Bercakap kepada New York Daily News, Reynolds berkata, dia terkejut dengan angka itu. “Saya rasa seperti bilionair segera kerana mulanya, saya sangka saya memiliki quadrillion,” katanya. Reynolds menggunakan PayPal selama 10 tahun untuk menjual dan membeli barangan di eBay termasuk alat ganti kereta vintaj. Selepas reda daripada kejutan, dia mendaftar masuk dalam laman web PayPal dan melihat bakinya kosong.

MESIN LAYAN DIRI FRENCS FRIES PERTAMA DI DUNIA (4 Gambar)

Hanya dalam masa 90 saat, mesin jualan layan diri ini boleh menyediakan hidangan french fries panas bersaiz individu yang dimasak menggunakan lemak daging lembu atas permintaan orang ramai. Anda hanya perlu memasukkan wang sebanyak €2.50 ($3.36) dan setiap hidangan akan disediakan dalam cawan kertas bersama dengan garpu serta pilihan citarasa sama ada mahu meletakkan mayonis atau sos. Mesin ini merupakan ciptaan syarikat Belgium iaitu BreakTime Solutions dan terletak di pintu masuk sebuah pasar raya di Brussels.


SERAM-RUPA SEBENAR PATUNG ANNABELLE THE CONJURING (6 Gambar)

Muzium Okultus Warren ialah muzium barangan angker milik Ed danLorraine Warren. Dua orang pemburu hantu dan pengkaji paranormal ini ada dipaparkan di dalam filem The Conjuring yang kini ditayangkan di pawagan. 


Muzium ini merupakan koleksi barangan yang mempunyai entiti yakni berpenunggu yang disimpan oleh pasangan Warren sejak memulakan kareer mereka pada tahun 1952. Antara yang dipamerkan ialah patung Annabelle yang dikatakan sangat angker ia terpaksa disimpan di dalam bekas kacanya sendiri. 

Menurut cerita seorang lelaki mati ditikam oleh Annabelle yang dihuni makhluk halus. Barangan lain yang dipamerkan ialah keranda pontianak, papan Ouija dan barangan pemujaan setan. Muzium ini terletak diMonroe Connecticut Amerika Syarikat. 

ALAT MUZUK YANG DIPERBUAT DARIPADA SENJATA API (7 Gambar)

Untuk memberikan kesedaran tentang bahayanya penggunaan senjata api di kalangan orang awam, Pedro Reyes, seorang artis dari Mexico City memberikan makna dan fungsi baru untuk kira-kira 6,700 senjata api yang dirampas daripada perang antara kartel dadah. Senjata-senjata api tersebut sepatutnya ditanam sebagai cara untuk melupuskannya.


Dalam projek seni beliau yang digelar 'Imagine', Reyes bekerjasama dengan enam orang pemuzik selama dua minggu untuk menghasilkan 50 instrumen muzik daripada senjata api tersebut sebagai cara untuk memberikan kesedaran tentang keganasan yang berlaku di Mexico.

Senjata api tersebut telah dipotong, dikimpal dan diubah menjadi instrumen muzik yang boleh dimainkan.

Gadis Menjadi Cun Selepas Pembedahan Plastik Dalam Photoshop (2 Gambar)

Gadis Menjadi Cun Selepas Pembedahan Plastik Dalam Photoshop.
Rupa-rupanya Photoshop merupakan Pembedahan Plastik yang lebih selamat dan berjaya.

Cuba Teka Mana Lokasi Yang Diambil Satelit Ini? (4 Gambar)

Bila tengok macam air tetapi itu sebenarnya adalah di Las Vegas pada waktu malam. Negara penuh dengan cahaya LED!

[Video] Pengacara Tayang Dia Tak Pakai Seluar Dalam Depan Perdana Menteri Serbia

Semasa rancangan soal jawab antara Perdana Menteri Serbia Ivica Dacic dan seorang pengacara terkenal Serbia, PM telah dikenakan Prank oleh pengacara terkenal tersebut. Pengacara itu menunjukkannya yang dirinya tidak memakai seluar dalam pada pertengahan rancangan itu. 

Pengacara itu dikatakan telah meniru gaya Sharon Stone dalam filem 'Basic Instinct. Namun bahagian Xrated itu telah dicencored kerana dirancang awal. Video itu kini mendapat 1.2 juta orang penontonnya. PM itu kelihatan mengintai bahagian pengacara itu dan kata-katanya agak bercelaru. Tetapi nasib baik kemudian dia cuba untuk mengawal dirinya. Ini adalah salah satu Rancangan TV Prank terkenal di negara tersebut. 

#Lelaki, biasa la tu. Whuaahahah