Menakjubkan! Ada Kampung Dalam Kawah Gunung Berapi

Sebut sahaja gunung berapi, kita sudah membayangkan ia sebuah kawasan yang sangat berbahaya terutamanya pada haiwan dan manusia. Letupan gunung berapi yang masih aktif, dianggap sangat menakutkan kerana pada bila-bila masa sahaja ia boleh mengeluarkan larva. Namun disebalik kawah gunung berapi ini, ia juga dikatakan boleh didiami oleh penduduk manusia. Asalkan ia tidak lagi aktif dan mampu menyuburkan tanaman. Tahukah anda, bahawa terdapat sebuah perkampungan yang dibina dalam kawasan kawah gunung berapi. Sangat menakjubkan!
gunung1
Aogashima, sebahagian daripada Kepulauan Izu, terletak 200 km selatan Tokyo, di Laut Filipina. Penduduk pulau seramai 205 di daftarkan pada(2009), adalah sebahagian daripada Jepun dan ditadbir oleh Tokyo. Aogashima adalah benar-benar sebuah gunung berapi dalam gunung berapi.
Bahawa kira-kira 200 orang  mendiami pulau gunung berapi Jepun Aogashima, dengan hanya sebuah sekolah dan sebuah pejabat pos
gunung2

Koleksi Gambar Lelaki Bergambar Seperti Perempuan

Macam mintak penampar! Itu sahaja yang dapat kami ungkapkan apabila tengok gambar lelaki jadi perempuan ni. Selalunya kita dapat melihat aksi-aksi panas dalam gambar ini dilakukan oleh perempuan. Ini adalah aksi lelaki yang amat lawak dari segala aspek. Pandangan anda? haha


Gambar lelaki kepenatan setelah berkerja

KERETA UNTUK GOLONGAN BERKERUSI RODA (10 GAMBAR)

Di Malaysia golongan OKU masih tidak dapat berdikari kerana kekurangan struktur mesra OKU dan masyarakat yang masih "kasihan" dengan mereka. Rata-rata golongan OKU Malaysia memerlukan bantuan untuk kemana-mana kerana kekurangan ini. Kenguru ialah sebuah kendera mesra pengguna kerusi roda yang dicipta di Hungary. Kenderaan elekrik ini dilengkapi pintu pada bahagian belakang yang memudahkan akses keluar masuk pemandunya. Keseluruhan kawalan kenderaan diletakkan pada stereng. Ia mampu memecut sehingga 48 kilometer sejam dan jarak pergerakan maksimum 60 kilometer sebelum bateri perlu dicas semula.


TAMAN TEMA THE SIMPSONS DI UNIVERSAL STUDIOS ORLANDO (20 GAMBAR)

The Simpsons sudah keudara sejak 1989. Sejak itu sebanyak 530 episodsudah dihasilkan. Bolehlah dikatakan The Simpsons ialah siri kartun paling lagendary yang pernah dihasilkan. Ogos lalu taman tema The Simpsons akhirnya dibuka di Universal Studios Orlando. Anda boleh makan di Krusty Burgers, membeli jajan di Kwik-E-Mart dan minum di Moe's Tavern. Selain daripada itu anda boleh bergambar dengan watak-watak The Simpsons. Agaknya bila Universla Studios Singapore akan buka taman tema The Simpsons. 


PLASTIK GIRL WANITA PALING GETAH DI DUNIA (6 Gambar)

Zlata, 27, ialah seorang gadis dari Russia yang berupaya untuk melenturkan badannya kepada posisi dan bentuk yang mustahil sejak dari umur 4 tahun. Setelah mneyedari akan bakat ini, Zlata telah memecahkan beberapa rekod dunia dengan melenturkan badannya yang fleksible itu. 


Apa Kelebihan Orang Yang Bercouple

Apakah kelebihan bercouple, lihat senarai dibawah untuk rujukan anda.

KEMALANGAN MELIBATKAN LEBIH 100 KENDERAAN DI ENGLAND (6 Gambar)

Satu kemalangan besar telah berlaku di Sheppey Bridge, England yang telah melibatkan lebih 100 buah kenderaan. Kemalangan itu berlaku pada awal pagi semalam yang disebabkan oleh kabus yang sangat tebal. 

Kentucky Fried Spider, Makanan Kegemaran Penduduk Di Skuon (10 Gambar)

Sebuah kota kecil di Kemboja iaitu Skuon telah menjadikan makanan tradisional mereka iaitu Labah-labah goreng ranggup. Kini makanan exotic telah menjadi daya tarikan kepada pelancong-pelancong. Ada yang sanggup menjelajah ke negara ini hanya untuk makan labah-labah. Dan ada juga labah-labah yang sanggup datang ke sini hanya unuk dijadikan makanan kepada pelancong-pelancong. Dan ada juga kedai yang sanggup datang ke sini hanya untuk dijadikan kawasan memakan labah-labah yang dimakan oleh pelancong-pelancong di dalam kedai makan.

#LOL, nampak tak perkaitan yang aku tulis?

"MYO", Alat Kawalan Jauh Dengan Menggunakan Pergerakan Tangan (5 Gambar)

Alat ini dikenali sebagai MYO Gesture Control yang memberi korang kuasa seakan-akan Jedi dalam filem Star Wars. Dengan menggunakan alat ini, korang mampu mengawal smartphone atau komputer hanya dengan menggunakan pergerakan tangan secara wireless. Alat yang dipakai di lengan ini akan mengesan aktiviti elektrik pada otot lengan dan memberi respon mengikut pergerakan tangan korang.

Alat ini dapat digunakan dengan produk Windows dan OSX dan akan diupgrade untuk dapat digunakan pada peranti Android dan Apple. Korang boleh order benda ni mulai dari sekarang dan akan dihantar pada hujung tahun ini dengan harga $149. 


Babon Gatal, Seronok Ramas Payu Dara Wartawan


CALIFORNIA – Seekor babon yang gatal, telah mencipta nama dalam masa 15 minit selepas dia meramas payu dara seorang wartawan ketika rancangan berkenaan sedang keudara secara langsung.

MEMUDAHKAN ANDA AMBIL GAMBAR SECARA RAHSIA (7 GAMBAR)

Spy Phone  terkin. Ada awek cun depan anda di dalam LRT tetapi anda takut nak ambil gambar dan kantol? Mahu ambil gambar secara rahsia menggunakan telefon pintar anda? Belialah Slyphone. Ianya aksesori yang berfungsi seperti periskop yang membenarkan anda mengambil gambar orang dihadapan anda secara rahsia. Ianya dijual disini pada USD 19 (RM 62) sekeping

Dipecat Gara2 Bantu Selamatkan Mangsa Kemalangan


Di Manhattan, jasa baik seorang tukang paip yang menyelamatkan seorang pelancong Britain dibalas dengan pemecatan kerja oleh majikannya.

David Justino, 44, seorang petugas di syarikat Bass Plumbing and Heating Corp di New York berkata, bekas majikannya itu tidak memberi sebarang penjelasan mengenai pemecatannya, namun beliau percaya ia disebabkan publisiti yang diterima sejak kejadian itu.

TERMINAL KAPAL BERBENTUK PESAWAT PENGEBOM B2 (11 GAMBAR)

Di China mereka sedang giat membina lapangan terbang baru. Pembinaan lapangan terbang baru adalah untuk membantu sektor pelancongan dan yang paling penting sektor perindustrian mereka. Salah sebuah lapangan terbang baru yang dibina ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Hefei Xinqiao. Ianya mula dibina pada tahun 2008 dan dibuka Mei lalu. Lapangan terbang ini dirasakan menarik kerana mempunyai bentuk seperti sebuah pesawat pengebom stealth Northrop B2 Spirit milik Amerika Syarikat. Menurut juribina, terminal lapangan terbang ini diilhamkan dari bentuk ikan tropika. Ye ke? Tak percaya! Ia mempunyai keluasan lantai 108,500 meter persegi dan menampung 11 juta penumpang setahun. Ia akan dibesarkan lagi menjelang 2040 bagi menampung 42 juta penumpang setahun.


BANTAL UNTUK GAMER YANG PEMALAS (14 GAMBAR)

Dewasa ini lebih banyak individu bermain permainan komputer menggunakan tablet dan telefon pintar. Ini adalah kerana ianya lebih mudah dikendali dan mudah alih. Mengaku sajalah yang anda pernah bermain Candy Crush ataupun Minion Rush ketika baring di atas katil. Mengaku jugalah yang at least sekali peranti yang dipegang jatuh ataupun hampir jatuh ke atas muka anda. Goron Tablet Cushion yang dipertontonkan di Tokyo Gaming Show beberapa hari yang lalu cuba menyelesaikan masalah ini. Ia boleh digunakan ketika duduk, terlentang atau baring pada sisi badan. Peranti anda diletakkan pada pemegang khas semetara kepala anda akan terletak selesa di atas kusyen.  Harah sebuah Goron Tablet Cushion ialah Yen 19800 (RM 644) sebuah.


KEBENARAN TENTANG KETAGIHAN MEDIA SOSIAL

Admit it..... kita semua kenal seseorang yang mempunyai ketagihan media sosial dan seseorang itu adalah diri anda sendiri.


BUDAK BERUMUR 20 BULAN TERJATUH KEDALAM TANGKI NAJIS (6 GAMBAR)

Di Yanji China berlaku kejadian sadis dimana seorang budak lelaki berumur 20 bulan terjatuh kedalam tangki septik ketika menggunakan sebuah tandas. Tandas yang digunakan budak lelaki ini dibina betul-betul di atas tangki septik. Maka terpaksalah budak ini diselamatkan dari lubang najis ini oleh pihak bomba. S


PERMAINAN KANAK-KANAK YANG MENJANA TENAGA ELEKTRIK (9 GAMBAR)


Ecosistema Urbano ialah sebuah firma rekaan yang berpengkalan diSepanyol. Bagi mengajar kanak-kanak tentang bagaimana elektrik dihasilkan, mereka membina sebuah carousel yang menjana elektrik setiap kali digunakan. Pada waktu siang tenaga elektrik yang dihasilkan menggunakan dinamo motosikal disimpan bateri yang kemudian digunakan bagi menyalakan lampu pada waktu malam. Warna dan kecerahan warna lampu bergantung kepada jumlah tenaga yang tersimpan. 

MUZIUM TIDAK RASMI STAR WARS (16 GAMBAR)


Rancho Obi-Wan ialah sebuah muzium peribadi yang dimiliki oleh Steve Sansweet di Petaluma California. Muzium ini dibuka pada tahun 2011dan mempunyai lebih dari 300 000 memoribilia Star Wars. 

PISAU DAN PEDANG POPULAR DALAM SEJARAH PERFILEMAN (12 GAMBAR)

Koleksi pedang dan pisau yang terkenal

Cuba teka siapakah pemilik pisau dan pedang yang terkenal ini?


JANGGUT YANG PALING PELIK (15 GAMBAR)

Dr Jamnul Azhar Mulkan, seorang doktor perubatan, pemilik rangkaian klinik juga seorang pendakwah, dalam satu ceramah, mendedahkan hasil kajian yang sangat luar biasa mengenai khasiat janggut.

Isteri Gagal Hubungi Arwah Suami Dalam Kubur

Pipik Dian Irawati

Jakarta: Isteri kepada Jefri Al Buchori atau Uje, Pipik Dian Irawati kecewa apabila mendapati kubur ulama selebriti itu diubah suai menyebabkan dia tidak lagi mampu berhubung ‘secara batin’ dengan arwah suaminya.

Kata Pipik, biasanya dia melepas kerinduannya terhadap Uje dengan memegang tanah di pusara berkenaan.


SUITE HOTEL TERBESAR DI DUNIA RM 153,000 SEMALAM

Lebanon dan melihat Royal Residence Grand Hills Hotel Spa yang memegang rekod suite hotel terbesar dunia. Ianya seluas 44500 kaki persegi. Royal Residence ini mempunyai 6 tingkat, 2 kolam renang peribadi, 3 pavilion, bilik menghisap sisha, spa Turki ,dapur dan dewan makan sendiri. Harga penginapan semalam ialah USD 47000 (RM 153 000). Sekiranya anda kaya dan merasakan kemewahan lebih penting dari menderma wang sebanyak ini kepada fakir miskin silalah kesini. 


BEBERAPA KEPERCAYAAN TAHYUL DARI INDIA YANG MENARIK (13 GAMBAR)

Orang Melayu percaya perempuan nyanyi dalam dapur nanti dapat suami tua dan sandar dekat bersiual waktu malam memanggil ular. Mari ligat beberapa kepercayaan tahyul dari India. Kesemua ini dihasilkan oleh Alicia Souza seorang illustrator dari Bangalore India.



Roda Ferris Las Vegas Setinggi 55 Tingkat Yang Terbesar Di Dunia


Amerika Syrikat - Sebuah roda Ferris terbesar di dunia akan mula dipasang di tempatnya di sini .

Pelik ! Banggunan Pejabat 9 Tingkat Bertukar Menjadi Ladang Pertanian di Jepun



Pejabat syarikat di Tokyo tidak mempunyai reputasi yang cukup baik dengan dinding kelabu yang membosankan, bilik sempit, dan meja penuh sesak. 

Di tengah-tengah daerah kewangan tersibuk di Tokyo adalah Pasona, sebuah syarikat pengambilan multi-nasional. Ketika syarikat memerlukan markas baru, mereka menyewa arkitek dari Jepun Yoshimi Kono untuk membantu mengubahsuai, bangunan 9 tingkat dan menghiasi dengan imej banggunan  berpeprinsip 'kesuburan' dan dinding hijau.

Misteri Kerusi Syaitan di Amerika Syarikat



Di daerah Missouri AS ada sebuah tempat pelancongan misteri yang tidak boleh mana-mana disentuh. Yang dimaksudkan adalah kerusi di Kirksville, Missouri mempunyai sebuah cerita seram yang konon sangat berbahaya yang disebut kerusi syaitan.

Misteri Guru Memakai Pakaian Serupa Selama 40 Thn Untuk Majalah Tahunan Sekolah


Setelah mengajar selama 40 tahun (1973-2012), Dale Irby yang kini berusia 63 tahun telah meninggalkan sebuah kenang-kenangan berupa foto buku tahunan dimana Ia selalu mengenakanpakain yang sama setiap tahun.

Ngeri ! Lengan Wanita Ini Hampir Putus Digigit Ikan Barakuda



Barakuda adalah ikan dalam kelas Actinopterygii yang dikenali sebagai ikan yang menyeramkan dan berukuran badan besar, iaitu sehingga panjang enam kaki dan lebar satu kaki. 


Tubuhnya panjang dan dilindungi oleh sisik yang halus. Ikan ini boleh didapati di lautan tropika dan subtropika di seluruh dunia. 

Sitemap

KOMEN ROZITA CHE WAN ISU BAJU DALAM MERAH DIJUAL DIINTERNET – ‘ITU KERJA ORANG GILA’

Baru-baru ini kita dihangatkan dengan cerita baju dalam merah yang didakwa milik pelakon jelita, Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta dijual menerusi laman internet. Baju dalam berkenaan kononnya dikutip oleh kru produksi selepas selesai penggambaran sebuah drama.
Dengan isu berkenaan is sudah tentu sedikit sebanyak telah menjejaskan reputasi aktres tersebut. Namun Che Ta tetap tenang dan tidak melatah atau naik hantu dengan isu tersebut, Dia hanya mampu tertawa apabila perkara tersebut diberitahu sendiri oleh adiknya, aktres Ayu Raudhah pada minggu lalu.
Ikuti penjelasan Rozita Che Wan berkenaan isu bra merah berkenaan dibawah.

Tegar Hidu Gam, Merokok Sebelum Bergelar Artis..

tegar-mengaku-hisap-gam-merokok-sebelum-bergelar-artis-skynightz-01
Bintang cilik dari Subang, Indonesia yang mencetuskan fenomena menerusi lagu Aku Yang Dulu, Tegar berkata, dia tidak pernah melupakan saat-saat sukar yang pernah dilalui sepanjang menjadi pengamen (penyanyi) jalanan sebelum disunting menjadi artis rakaman.

ROKOK DENGAN PEMBALUT KERTAS 24 KARAT EMAS VERSI TERLALU KAYA (8 Gambar)

Untuk mereka yang jutawan, hartawan, pelabur emas, gigi emas, tokey emas dan yang duit dah berlebih-lebih boleh cuba.


SIRI GAMBAR PANTULAN CERMIN PENUH EMOSI (10 GAMBAR)

Di bawah ialah siri gambar yang sama evokatif yang dihasilkan oleh Tom Hussey. Very nice. 


RESORT KOLAM AIR PANAS HOSHINOYA KARUIZAWA (14 GAMBAR)

Resort Kolam Air Panas Hoshinoya Karuizawa terletak di Nagano Jepun dan dari gambar di bawah anda boleh lihat resort kolam air panas di negara matahari terbit ini sangat cantik. Ini berbeza sekali dengan majoriti kolam air panas di Malaysia yang nampak tidak terurus. Resort Kolam Air Panas Hoshinoya Karuizawa ini dibina diatas sebuah kolam ais panas yang ditemui pada tahun 1914. Ia menawarkan kolam air panas semulajadi terbuka dan kolam air panas persendirian di dalam bilik hotel yang disewa. Sangat cantik.


KERUSI DI DALAM BINGKAI GAMBAR (6 GAMBAR)

Frame Chair ialah kerusi yang dibina di dalam bingkai gambar gergasi. Ianya rekaan firma Slokoski yang berpengkalan di Bulgaria. Sesungguhnya kerusi bingkai ini nampak cool dan juga stylo. Jika anda mahukan rekaan perabot yang unik mungkin Frame Chair sesuai untuk ruang tamu anda!


TABLET YANG BOLEH BERUBAH MENJADI KOMPUTER DESKTOP (8 GAMBAR)

Di pasaran kini sudah ada tablet Android yang boleh berubah menjadi komputer desktop Windows. Transformer AIO ialah antara contoh peranti dengan dwi sistem operasi ini. Masalah utama yang ada ialah tablet terlaku kecil dan apbila ianya menjadi sebuah desktop saiz paparan skrin tidak memuaskan untuk penggunaan aplikasi Windows. Jadi apakah jawapan kepada masalah ini? Apollonialah sebuah konsep tablet yang boleh berubah menjadi sebuah desktop. Ianya rekaan Jongha Lee seorang pelajar rekaan industri dari Korea Selatan. Saiz skrin Apollon boleh diubah mengikut kehendak dengan menggunakan teknologi skrin boleh lipat yang diperlihatkan Samsung. Dalam mod desktop anda hanya perlu menarik bahagian tepi Apollon untuk memanjangkan saiz skrin. Idea yang bagus tetapi adakah anda memerlukan peranti hibrid sebegini? 


TEMPAT MELETAK KERETA BERBENTUK KEROPOK PRINGLE (12 GAMBAR)

Autostadt ialah pusat pelawat yang terletak di dalam kilang pembinaan kereta Volkswagen yang terletak di Wolfsburg Jerman. Ausfahrt ialah tempat letak kereta baru yang dibina bagi memudahkan pemilik kereta menyesuaikan diri dengan kereta yang baru mereka pilih. Di dalam fasiliti seluas15 000 meter persegi ini terdapat litar kecil dan pusat layanan pelanggan. Pelanggar baru akan dapat membawa kereta baru mereka di dalam litar tertutup yang selamat. Selain itu terdapat juga tempat letak kereta merangkap pusat layanan pelawat yang berbentuk seperti keropok ubi Pringle. Didalam struktur unik ini terdapat kafe kecil, bilik melawat. pusat jualan cenderamata dan tandas. Bagus Volkswagen ini. Pelawat beli kereta baru mereka layan dengan baik dan sediakan kawasan khas untuk mereka memandu kereta baru dengan selamat sebelum bawa diatas jalanraya. Genius. 


MENJANA RM40,000 DALAM MASA 3 BULAN HANYA BERMAIN GAME (3 Gambar)

Moru Chans telah telah dibayar sebanyak RM40,000 oleh MMO ArchAge untuk bermain game keluaran mereka selama 3 bulan di dalam sebuah bilik kecil. Anda sanggup?

KENDERAAN TAHAN LASAK MEWAH VERSI KAYA GILA (14 GAMBAR)

Sebuah SUV mewah yang dihasilkan oleh tuner terkenal Brabus. Brabus B63S 6×6 diperlihatkan kepada umum minggu lagu di Pameran Kereta Frankfurt. Sebuah Mercedes Benz B63 dengan 6 tayar diberikan beberapa penaiktarafan seperti enjin turbocaharge 5.5 dengan 700 kuasa kuda, kemasan kulit dan body kit gentian karbon. Harga masuih belum diumumkan tetapi ianya mungkin mencecah USD 500 000 (RM 1.62 Juta) sebuah. 



BILIK KERANDA UNTUK PELAJAR DI KOREA SELATAN (10 GAMBAR)

Di Korea Selatan saingan untuk mendapatkan tempat di IPT adalah sengit. Jadi ibu bapa di Korea Selatan sanggup bebelanja lebih bagi memastikan putera dan puteri mereka dapat belajar dengan suasana paling optimum. Kegilaan terkini di Korea Selatan ialah Study Cube. Ia merupakan bilik kecil yang dikatakan dapat memastikan pelajar tidak mudah diganggu ketika mentelaah. Study Cube dilengkapi para buku, lampu LED. meja belajar, sistem aliran udara dan pengurut kaki. Setiap satu dijual pada harga USD 2200 (RM 7133). Adakah anda sanggup membeli Study Cuba bagi memastikan anak anda menjadi pelajar cemerlang?