BANTAL UNTUK GAMER YANG PEMALAS (14 GAMBAR)

Dewasa ini lebih banyak individu bermain permainan komputer menggunakan tablet dan telefon pintar. Ini adalah kerana ianya lebih mudah dikendali dan mudah alih. Mengaku sajalah yang anda pernah bermain Candy Crush ataupun Minion Rush ketika baring di atas katil. Mengaku jugalah yang at least sekali peranti yang dipegang jatuh ataupun hampir jatuh ke atas muka anda. Goron Tablet Cushion yang dipertontonkan di Tokyo Gaming Show beberapa hari yang lalu cuba menyelesaikan masalah ini. Ia boleh digunakan ketika duduk, terlentang atau baring pada sisi badan. Peranti anda diletakkan pada pemegang khas semetara kepala anda akan terletak selesa di atas kusyen.  Harah sebuah Goron Tablet Cushion ialah Yen 19800 (RM 644) sebuah.




Laporan asal CNet

Artikel Terkait