Resepi Ayam Panggang (Sedap!)

                                                             













Kali ini kita akan belajar cara memasak resepi ayam panggang. Menyediakan ayam panggang sebenarnya sangat mudah, namun untuk mendapat rasa yang sedap, ia memerlukan ketelitian yang tinggi.




Bahan-bahan ( 1 ekor )

  • 1 ekor ayam bulat dibersihkan
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*
  • halia sebesar 2 jari*
  • 2 sudu mkn sos tiram
  • 4 sudu makan kicap manis- saya guna kipas udang
  • 1 sudu mkn serbuk jintan manis
  • 2 sudu mkn gula
  • 2 sudu kecil garam- agak2
  • 50 gram butter
  • 2 sudu makan serbuk lada hitam- boleh dikurangkan

Cara-cara

  1. Kisar yg bertanda *
  2. Satukan bahan2 lain kecuali butter, campur dgn bahan kisar. sapukan pada ayam dengan rata. ayam tu kelar2 sikit pada bahagian yg tebal. Masukkan juga ke dalam badan ayam. perap 40 min. kemudian sapu butter dipermukaan kulit, celah2 kulit
  3. Panaskan oven 170c. bakar dlm 40 min. air perapan ayam tu, boleh tuang2 atas ayam masa dibakar.
  4. Saya bakar guna function grill yang putar, blowing tu.
Melayukini.net – Kalau agak-agak garing, turunkan suhu. Tambah masa sikit. Lapik dulang di bawah sebab minyak ayam akan menitis.
Sumber: My Resepi | Koleksi Resipi Makan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
© Pen Canggih All Rights Reserved