PULAU BINAAN MANUSIA SEMPENA PIALA DUNIA 2022 DI QATAR (7 GAMBAR)

Onyx Island ialah sebuah projek mega yang kini dalam peringkat konsep di Qatar. Pulau dengan keluasan dua juta meter persegi ini akan dibina pada pesisir pantai Doha bagi menempatkan hotel dan kawasan perumahan untuk 25 000 pelawat yang bakal tiba untuk Piala Dunia 2022. Kos pembinaan pulau buatan manusia ini dianggarkan sekitar USD 5.5 Billion (RM 16.5 Billion). Projek ini walau bagaimanapun mendapat tentangan pecinta alam kerana dikatakan bakal merosakkan ekosistem yang sedia ada. Projek The World di Dubai kini sudah gagal kerana pulau berbentuk peta dunia yang terbina tidak terjual dan mula terhakis. Ia juga mengakibatkan kerosakan ekosistem dan hakisan ombak yang kronik di Dubai. 


PENUNGGANG MOTOSIKAL PALING LAWAK HARI INI

Rekod dunia paling banyak eksiden dalam jangka masa terpendek. Sila belajar balik naik motor DEY!

TELEFON BIMBIT SEBESAR KAD KREDIT (11 GAMBAR)

Pada penghujung 90an syarikat pengeluar telefon bimbit berlumba-lumba menghasilkan telefon terkecil dan ternipis. Now telefon pintar trend ini berubah kepada telefon dengan skrin sesentuh terbesar. Micro Phone ialah sebuah telefon yang tidak mahu mengikut trend. Ianya telefon GSM yang hanya sebesar kad kredit dan cukup nipis untuk disimpan di dalam dompet anda. Telefon ini juga dilengkapi sistem pengesan bagi memudahkan anda mengesan lokasi pemilik. Harga jualan bermula dari USD 39 (RM 119) sebuah.


HUKUMAN KEPADA WANITA YANG MELAKUKAN HUBUNGAN SULIT (15 Gambar)

Selepas tentera Jerman meninggalkan Perancis pada tahun 1944, ribuan wanita telah dijatuhkan hukuman kerana didapati mempunyai hubungan sulit dengan tentera dan pegawai Jerman. Wanita telah dibotakkan dan kemudian dipukul depan khalayak ramai. THIS IS MADNESS!


ARCA DIHASILKAN DARI KERETA VOLKSWAGEN BEETLE (11 GAMBAR)

Ini ialah arca sfera dan bongkah yang dihasilkan oleh artis indonesia Ichwan Noor. Beliau menggunakan dua buah Volkswagen untuk menghasilkan arca di bawah. Bola untuk transformer! 


ANAK MANCIS DARI JEPUN YANG SUPER COMEL (7 GAMBAR)

Di Jepun semua benda comel dari gadis sampailah ke anak mancis. Mancis ini dikeluarkan syarikat Kokeshi dan hanya boleh dibeli di Jepun. HENTAI! eh?


Makanan Yang Super Menipu (8 Gambar)

Hidangan yang enak ini mungkin mampu membuat anda terliur berkali - kali - tetapi makanan - makanan ini sebenarnya dibuat sepenuhnya daripada KEK. Nikki Dixon, merupakan diantara pakar pembuat kek telah menggunakan kek span jenis Victoria - dan beberapa teknik aising yang bijak bagi menghasilkan kek yang seolah - olah makanan.


MUZIUM MANGSA LEDAKAN GUNUNG MERAPI YANG INDONISIA (16 GAMBAR)

Gunung Merapi meledak pada 10 November 2010 dan mengakibatkan352 orang tekorban dan lebih 300 000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Ledakan pada tahun 2010 adalah ledakan terkuat gunung berapi ini sejak direkodkan pada tahun 1872. Selepas ledakan, ketinggian Gunung Merapi berkurangan sebanyak 38 meter. Kebanyakkan kerosakan berlaku akibat aliran pyroklastik yang turun dari bukit. Akibatnya rumah penduduk hangus terbakar oleh aliran debu dan batuan yang panas ini. Seorang mangsa yang dikenali sebagai Wati membuka Musium Sisa Hartaku di bekas tapak rumah beliau. Muzium ini menempatkan segala harta benda beliau yang musnah akibat ledakan 2010. 


Lukisan Berharga $44 Juta Yang Di Tak Masuk Akal (4 Gambar)

Walaupun tanggapan seni itu terletak pada pandangan penonton, namun "seni" pada lukisan ini gila. Tiada siapa yang dapat menyangka bahawa lukisan pada kanvas biru dengan satu garisan putih ini mampu dijual pada harga yang tinggi. Malah, lukisan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dengan keadaan mata yang tertutup.


Lukisan yang dinamakan "Onement VI" yang dilukis oleh seorang pelukis ekspresionis abstrak, Barnett Newman telah dijual pada Selasa lalu di pusat lelongan Sotheby dengan nilai USD$43.8 juta.

Lukisan yang dilukis di atas kanvas berukuran 8.5 kaki x 10 kaki ini telah dilukis oleh Newman pada tahun 1953. Hingga semalam, lukisan Newman sebelum ini iaitu "Onement V" telah memegang rekod dengan nilai USD$22.4 juta pada tahun lepas.

Sekiranya Newman masih hidup, kemungkinan besar karya lukisannya boleh mencecah nilai jualan sebanyak USD$50 juta.

ASRAMA PELAJAR BERDINDINGKAN PALET KARGO (10 GAMBAR)

Di Rue Amelot, Paris terdapat sebuah asrama pelajar lama. Bagi memastikan asrama ini mampu memenuhi keperluan pelajar moden sebuah pertandingan diadakan bagi mendapatkan rekaan yang terbaik. Stephane Malka, seorang jurubina mencadangkan rekaan Ame-Lot beliau di bawah. Bahagian dinding luaran rekaan beliau dipenuhi palet kargo kayu yang dikitar semula. Palet kargo ini menjadi penghadang cahaya dan memberikan rupa luaran bangunan yang unik. 

BAJU DENGAN RUANG SIMPAN BAYI TERBINA DALAM (9 GAMBAR)

Lalabu ialah sebuah t-shirt yang mempunyai kendong terbina dalam untuk mendukung bayi. Ianya rekaan dua orang pasangan suami isteri dari Amerika Syarikat yang mahu mengendong bayi mereka dengan lebih selesa. Kendong bayi apabila tidak digunakan kelihatan seperti fabrik baju biasa. Lalabu mendapat inspirasi dari cara ibu ibu di Sierra Leone mengondang bayi mereka. Buat masa ini Lalabu masih mengumpul dana untuk menjadikannya realiti. 


T-SHIRT MONSTER'S INCYANG SUPER COMEL (9 GAMBAR)

Sempena menyambut penayangan Monster's University, Threadless mengadakan pertandingan mereka baju Monster's Inc. Hasilnya ialah rekaan-rekaan di bawah. Setiap satu dijual pada harga USD 15 (RM45)sehelai


KERANGKA LUARAN BIONIK MULA DIGUNAKAN DI HOSPITAL JEPUN (10 GAMBAR)

WAD (Walking Assistance Device) keluaran Honda mula digunakan di Jepun minggu ini. WAD akan diperkenalkan kepada 100 orang pesakit di beberapa hospital di Jepun bagi melihat sama ada kerangka bionik ini dapat membaiki kualiti kehidupan mereka yang mempunyai masalah untuk berjalan ataupun mengangkat barang. WAD sudah di dalam proses pembangunan sejak 14 tahun yang lalu dan merupakan cabang dari projek android ASIMO yang juga keluaran Honda. Selain hospital WAD juga digunakan oleh pekerja-pekerja di beberapa kilang Honda di Jepun.


#Terminator, here i come!

Hulk Hogan Hampir Kehilangan Jarinya (4 Gambar )

Genius!


Siapa tak kenal legenda gusti ini, Hulk Hogan dan baru-baru ini beliau hampir kehilangan jarinya selepas sebuah radiator meletupkan. Apa yang penting, post gambar di twitter!

BAYI TERSELAMAT SELEPAS DIBUANG KEDALAM TANDAS! (11 GAMBAR)

Di Jinhua, Provinsi Zheijiang berlaku insiden sadis dimana seorang bayi lelaki dibuang kedalam tandas awam oleh ibunya. Bayi ni bernasib baik kerana tidak dapat diflush sepenunya dan tangisan beliau didengari oleh orang ramai. Pihak bomba kemudian terpaksa memotong saluran tandas bagi menyelamatkan bayi yang terperangkap ini. Pihak media China melaporkan bayi ini selamat tetapi mengalami keretakan tengkorak kerana tersekat di dalam paip tandas. Paling mengejutkan ialah panggilan kecemasan memanggil bomba dilakukan sendiri oleh ibu yang membuang si bayi. Ibu tunggal berusia 22 tahun ini membuang bayi beliau kerana stigma masih belum berkahwin. Sungguhpun begitu beliau tidak sampai hati mendengar tangisan anak beliau yang tersekat. 


Kedai Nasi Lema* Paling Ngetop Di Malaysia (Gambar)

Beri nasi lema* ni pada kawan lelaki anda, nescaya si isteri akan merajuk setiap malam. If you know what i mean. 

Bukti Cinta tidak Kenal Berat Badan Seseorang (3 Gambar)

Another happy ending, pasangan yang menjadi bualan hangat di internet kerana bentuk fizikal dan rupa si isteri seperti seorang lelaki kini dah selamat melahirkan anak. Sweet! 


TOPENG HUKUMAN WANITA YANG KUAT MEMBEBEL KURUN KE-16 (11 GAMBAR)

Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19, Scold's Bridle digunakan di United Kingdom bagi menghukum wanita yang kuat membebel dan mengumpat. Rekod sejarah menunjukkan Scold's Bridle mula digunakan pada tahun 1567 di Scotland. Alat hukuman ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah plat mulut berduri yang dimasukkan ke dalam mulut. Kehadiran plat berduri ini menghalang pesalah yang dihukum dari bercakap dan makan. Bahagian kedua pula mengunci plat berduri ke kepala pesalah. Scold's Bridle juga dikatakan digunakan ke atas wanita yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. Kali terakhir alat ini digunakan ialah pada tahun 1856 di Lancashire England. 


MANSORY F12 STALLONE (15 GAMBAR)

Mansory F12 Stallone ialah sebuah Ferrari F12 Berlinetta yang diberikan sentuhan Mansory. Enjin V12 6 Liter Berlinetta 740 kuasa kuda kini mampu menghasilkan 775 kuasa kuda. Beberapa kemasan luaran Berlinetta digantikan dengan kemasan gentian karbon bagi mengurangkan berat. Buat masa ini harga jualan kenderaan ini masih belum diumumkan.


#Aggressive!

Gambar dan Video Kekecohan menyebabkan pertarungan ditunda

Kekecohan antara para penyokong telah menyebabkan perlawanan separuh akhir Piala FA Malaysia di Kuantan antara Pahang dan Johor Darul Takzim ditunda.



581683_526745354051322_1341259333_n

Trend Terkini Remaja Jepun Versi BFF (12 Gambar)


Untuk menunjukkan yang mereka ini rapat, mereka memakai pakaian atau fesyen yang sama. Trend yang bertukar-tukar dan viral.


BANGUNAN BARU TERTINGGI DUNIA EDISI CHINA (12 GAMBAR)


Sky City One bakal mengalahkan Burj Khalifa sebagai bangunan pencakar langit tertinggi dunia. Bangunan ini akan mula dibina di Changsa China Jun hadapan dan akan mengambil masa hanya 7 bulan untuk disiapkan. Apabila siap kelak ia akan mempunyi ketinggian 838 meter, 5 meter lebih tinggi dari Burj Khalifa dan menelan belanja USD 628 (RM 2.1 Billion) untuk dibina. Ini adalah jauh lebih murah dari Burj Khalifa yang menelan belanja USD 1.5 Billion (RM 4.5 Billion) untuk dibina.



Apabila siap kelak bangunan 220 tingkat ini akan menempatkan 17 000 penghuni di dalam apartment, 5 pejabat dan sekolah (dengan kapasiti 4600 orang pelajar), pusat membeli belah, hotel 1000 bilik, 17 pad mendarat helikopter dan sebuah hospital. Sebanyak 104 lif berkelajuan tinggi akan dipasang dan terdapat 15 laluan kecemasan bagi memudahkan pengosongan jika berlaku kecelakaan. Ruang lantai keselusuruhan Sky City One pula ialah 1.215 Juta meter persegi iaitu bersamaan 4 kali keluasan lantai Menara Berkembar Petronas.


Pembinaan BANDAR DALAM MENARA ini mendapat kritikan banyak pihak kerana dikatakan tidak selamat. Tetapi jurubinanya Bright Sustainable Building berkata ini bukannya masalah kerana mereka sudahpun membina sebuah hotel 30 tingat dalam masa 15 hari sebelum ini. 

KINI ANDA BOLEH MENGHISAP SHISHA DI DALAM PESAWAT EMIRATES


Jun hadapan syarikat penerbangan Emirates Airlines akan membuka ruang menghisap Shisha di atas pesawat Airbus A380 milik mereka. Ruang menghisap shisha ini dibuka hanya untuk penumpang kelas pertama dan kelas perniagaan. Menurut laporan media, buat masa ini ruang shisha ini akan diperkenalkan untuk laluan udara ke Dubai terlebih dahulu dan sekiranya mendapat sambutan akan diperkenalkan pada laluan udara yang lain. Penumpang boleh menempah perisa shisah sebelum menaiki pesawat dan ruang shisha akan dibuka selepas penumpang makan. Idea membuka ruang menghisap shisha ini diterima oleh Emirates selepas ada penumpang timur tengah berkata mereka mahu menghisap shisha di dalam kapal terbang. Ianya semestinya perkhidmatan yang unik hanya Emirates Airlines. 



Laporan asal PSFK

WATAK MERIDA DARI FILEM BRAVE VERSI REAL (7 GAMBAR)


Ini ialah cosplay watak Merida dari filem animasi 3D Brave yang cool. Ianya hasil kerja Angela, seorang cosplayer berumur 15 tahun yang berasal dari Long Island New York. 


ICE CREAM VERSI SUSU BERBENTUK BUNGA ROS (12 GAMBAR)


Gelato ialah pemanis mulut seakan ais krim tetapi diperbuat daripada susu. Oleh sebab itu gelato mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi dan lebih kenyal. Di Itali gelato yang dibeli dari kedai akan dibentuk untuk kelihatan seperti bunga ros. 


Ciptaan yang melampau Dari China (3 Gambar)


Topeng atau sarung muka ini telah diciptakan untuk mengurangkan kedut pada muka anda. China did it again!


Sekitar Perhimpunan Bantahan Terhadap Perkahwinan Gay Di Paris (12 Gambar)


Seperti yang kita tahu, Perancis telah membenarkan perkahwinan sama jantina. Ramai rakyat Perancis langsung tidak menyokong perkara itu. Seramai sejuta orang menurut Twitter telah berhimpun dan berarak untuk membantah perkahwinan itu. Puluhan ribu polis terpaksa dikerahkan untuk mematikan perarakan itu. Namun menurut sumber, perkahwinan sama jenis itu tetap akan dilakukan atas dasar keadilan. Sila jangan jadi GAY. 


Jam Tangan Devon Tread 2 Yang Superb (14 Gambar)


Kini Devon kembali lagi dengan model terbaru yg dilancarkan di Baselworld 2013 iaitu Devon Tread 2. Jam ini lebih kecil berbanding Tread 1 dan pergerakannya lebih simple. Terdapat 4 variasi yg dilancarkan iaitu Ghost (ceramic white), Shining (silver), Nightmare (black) dan Murder (red). Jika anda mampu, anda boleh membelinya yg dijual dengan harga US$ 9,950 setiap satu kecuali versi Ghost yg dijual dengan harga US$ 10,950. 


Dari Remaja Lelaki Bertukar Ke Barbie Doll Realiti VERSI JAHANAM (12 Gambar)


Jason Torres yang berusia 30 tahun telah berubah dari lelaki kepada barbie doll realiti dan nama barunya adalah Nicole Sanders. Kerana minatnya pada Barbie Doll, dia telah meluangkan 12 tahun dan sebanyak RM 1.1 juta untuk mengubah dirinya menjadi Barbie Doll. 

Rupa Pelakon Watak 'Matahari' Teletubbies Dulu VS Kini (3 Gambar)


Nyottt noytttt. Pelakon yang bernama Jessica Smith pernah memegang watak matahari dalam teletubbies. Yeah, watak matahari yang tahu gelak je. 

Pen Yang Bernilai RM210,000 Sebatang (4 Gambar)


Ini adalah pen Pen Rollerball Limited Edition Montegrappa Chaos dengan emas 18K yang dijual dalam Amazon. Go get it! 


Pulau Baa Atoll, Lokasi Percutian Yang Mesti Dilawati (10 Gambar)


The Baa Atoll boleh menjadi pilihann percutian anda. Ianya terletak di Dusit Thani, Maldives. Pulau ini dikelilingi oleh lautan yang begitu jernih airnya dan keindahan koral sekelilingnya. Villa yang tersergam indah menjadi tempat tinggal untuk anda semua. Enjoys dan sila kumpul duit!