Patung Mainan Kanak-Kanak Yang Boleh Mengandung & Melahirkan Anak (3 Gambar)


Anak patung Judith @ Judy Mommy To Be merupakan satu inovasi baru di mana ia boleh mengandung dan melahirkan bayi anak patung. Walaupun kelihatan sama dengan anak patung Barbie, namun ia merupakan produk yang berbeza. Patung ini dikeluarkan pada tahun 1991. 


Anak patung ini juga boleh di atur sesuka hati di mana perut hamilnya boleh dipasang atau dicabut. Bayi anak patung tersebut juga boleh diletakkan di dalam perutnya dan boleh mengembalikan perut anak patung tersebut kempis seperti biasa.

Setiap anak patung ini boleh di beli dalam talian (online) dengan harga US$19.95. Dalam satu pek, ia disertakan dengan benjolan perut mengandung yang boleh dipasang atau dicabut dan bayi di dalamnya.

Permaianan ini dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak dan membantu mereka memahami proses kelahiran yang majoritinya sukar dijelaskan oleh orang dewasa.

BANDAR DI DALAM EMPANGAN GERGASI THAILAND (10 GAMBAR)


Superbowl Project ialah sebuah konsep bandar mega yang dibina di dalam sebuah empangan. Ianya dihasilkan firma Supermarine yang berpengkalan di Thailand. Superbowl Project menjadikan daerah Nakornsawan Thailand sebagai tapa projek. Kawasan ini kerap dilanda banjir kerana kewujudan dua sungai. Superbowl akan menjadi sebuah empangan gergasi yang menyimpan air sungai dan hujan ketika musim tengkujuh. Jika dibina Superbowl project akan menjadi empangan dengan lingkaran 20 kilometer dan setinggi 150 meter. Ia mampu menampung 1500 juta meter padu air pada satu satu masa. Sebuah bandar dibina secara terus ke permukaan empangan darat ini. Air yang disimpan akan menjana bekalan elektrik untuk kegunaan penduduk setempat disamping menjadi sumber air untuk petani.