KISAH SAHABAT SEHIDUP SEMATI GORDAN KRANTZ DAN ANJING BELIAU (8 GAMBAR)

Jika anda pergi ke Washington D.C dan melawat Smithsonian Museum of Natural History anda akan melihat sepasang rangka manusia dan anjing yang dipamerkan di dalam sebuah balang kaca. Pameran kaca ini diberi namaWritten in Bone dan cerita disebalik rangka manusia dan anjing ini sangat menyentuh perasaan. Rangka yang dipamerkan ialah milik Professor Gordon S Krantz dan anjing beliau Clyde. Professor Krantz ialah seorang professor osteologi (kajian tulang)yang terkenal dari Washington State University. Nama beliau menjadi ternama kerana beliau antara ahli akademik yang percaya akan kewujudan Sasquatch. Ketika muda Prof Krantz terkenal dengan cara hidup beliau yang liar. Beliau mempunyai masalah ketagihan alcohol sehinggalah pada suatu hari beliau membeli seorang anak anjing dari baka Irish Wolfhound. Menurut Prof Krantz Clyde membantu beliau untuk pulih dari masalah ketagihan alokohol. 

FESYEN LELAKI GAY TERKINI (14 GAMBAR)

koleksi Musim Panas Thom Browne 2013. Tak masuk akal.


SITUASI SEORANG PAKAR BOM DI AFGHANISTAN (3 GAMBAR)

Seorang pakar bom memakai sut kebal untuk mematikan bom pada seorang pengebom yang berjaya ditahan di Afghanistan. FYI, the suit only absorb small impact. Peratus pakar bom itu mati ketika bom meletup adalah amat tinggi. Yeah, this job is freaking DANGEROUS!

ENJIN PESAWAT TERBESAR DI DUNIA (13 GAMBAR)

Enjin Turbofan General Electric GE90 ialah enjin kapal terbang terbesar dan juga paling berkuasa di dunia. Enjin ini dihasilkan pada tahun 1995 untuk kegunaan pesawat Boeing 777. Diameter GE-90 ialah selebar 3.25 meter. Ini adalah lebih besar dari enjin yang digunakan pada pesawat penumpang terbesar di dunia A380 yang hanya selebar 2.95 meter! 


Pada awalnya enjin ini hanya mampu menghasilkan tujahan sebanyak 77 000 pound (33 565 Kilogram) tetapi pada rekaan terkini enjin GE90-115B mampu menghasilkan tujahan maksimum 127 900 pound (58 014 Kilogram). Jumlah tujahan yang dihasilkan GE90-115B jauh lebih besar dari tujahan enjin Rolls Royce Trent 900 yang digunakan pada A380. Rolls Royce Trent 900 hanya mampu menghasilkan tujahan sebanyak 84098 pound (34 146 Kilogram).

Dalam sebuah ujian yang dilakukan oleh General Electric, sebuah enjin GE90-115B dipasang pada pesawat ujian Boeing 747. Dari gambar di bawah anda boleh lihat perbezaan saiz GE90 berbanding saiz enjin yang biasa digunakan pada pesawat 747. General Electric mendapati sebuah enjin GE90-115B boleh digunakan untuk menerbangkan pesawat ujian 747 mereka! 

MARI MELAWAT KILANG TOPENG GUY ANONYMOUS (13 GAMBAR)

Topeng Guy Fawkes dari filem V For Vandetta adalah sinonim dengan gerakan anarki Anonymous. Setiap kali ada demo jalanan anda pasti melihat beberapa individu memakai topeng V. Tahukah anda dimana topeng-topeng ikonik ini dihasilkan? Topeng V dihasillan di sebuah kilang yang terletak di Sao Goncalo, berhampiran kota Rio De Janeiro Brazil. Setiap hari kilang ini akan menghasilkan 800 topeng Guy Fawkes yang kemudian dieksport ke seluruh dunia. Setiap topeng dijual pada harga USD 6 (RM 18) di Brazil. Harga pasaran di malaysia RM35-RM50 mengikut tempat. Damm PRICE!