Misteri Surat Cinta Tertua Didunia



Unik! Surat Cinta Pertama Dunia Berjaya Ditemui | Memang tidak dinafikan, surat cinta dikira sebagai salah satu mediumperantaraan di antara pasangan lelaki dan perempuan. Jadi tidak hairanlah jika segelintir daripada kita sentiasa tertunggu-tunggu surat daripada abang posmen. Tidak macam hari ini,komunikasi sangat begitu pantas. Namun di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang penemuan surat cinta yang dianggap pertama di dunia ditulis. Bait-bait tulisan begitu romantik sekali. Jom lihat gambar di bawah ini.


Surat cinta tertua di dunia yang dijumpai di lembah Niffer, 150 batu dari Baghdad, Iraq, dikatakan ditulis pada sekitar tahun 2200SM.

Kisah 5 Misteri Kematian Paling Pelik Di Dunia




Kisah 5 Misteri Kematian Paling Pelik Di Dunia | Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. TApi dalam banyak-banyak kematian pelik, kematian yang dinyatakan di bawah ini lebih pelik. Tak percaya? Jom baca!
1. Meninggal kerana janggut 
Hans Steininger,merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia sekitar 140 cm.Pada suatu hari di tahun 1567,terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara.Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang.Kerana terburu-buru,dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh.Lehernya patah dan dia pun mati. 
2. Meninggal kerana menendang peti 
Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel,seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee,Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti,namun dia terlupa nombor kombinasinya.Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi,dan akhirnya membunuhnya. 
3. Meninggal ketika membicarakan tentang Hitler
Pada tahun 1943,seorang pengkritik politik bernama Alexander Woolcott meninggal setelah mengalami serangan jantung ketika sedang membicarakan tentang Adolf Hitler. 

Kes Fizz Fairuz, Ramli PUNCA Utama, Perlu Segera Daftar di Mahkamah SYARIAH



PETALING JAYA: Setiap individu beragama Islam negara ini yang berkahwin di luar negara adalah wajib menghormati undang-undang syariah iaitu perlu mendaftarkan pernikahan dalam tempoh enam bulan dari tarikh pernikahan mereka.

Perunding keluarga Islam dan Syariah, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, mereka yang gagal berbuat demikian dikira melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan termasuk denda mengikut peraturan keluarga Islam yang diamalkan di setiap negeri.

"Bagi pasangan yang telah berkahwin di luar negara, mereka diberi tempoh masa selama enam bulan untuk mendaftar perkahwinan di mahkamah syariah.

Budak Sekolah Melacur Kaut RM18,000 Sebulan



Bermodalkan RM2 untuk melayari Internet yang sepatutnya digunakan untuk belanja harian persekolahan, remaja ini mampu meraih RM18,000 sebulan dengan hanya menggoda lelaki hidung belang yang dahagakan belaian mesra gadis bawah umur menerusi perkenalan di FB.

Itu yang dilakukan Tina, 17, untuk hidup selesa dan mampu memakai pakaian berjenama, memiliki peralatan komunikasi canggih seperti anak orang kaya walaupun usianya ketika itu baru 13 tahun.

Gadis berasal dari utara tanah air ini dapat hidup bebas selepas melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan menerima teguran dan leteran keluarga berikutan sikap liarnya.
Peluang itu digunakan Tina untuk memanfaatkan persahabatan singkat dengan lelaki bekerja di tapak pembinaan dikenali secara on-line, Fendi, 20-an, dan sanggup mengambil risiko tinggal bersama lelaki itu selama lima bulan.

Sanggup membelakangkan keluarga dan ponteng sekolah, tindakan Tina seolah-olah ‘keluar kandang harimau, masuk mulut buaya’ apabila rumah yang dihuninya turut menjadi ‘port’ lepak 10 lelaki setiap hari.

Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela



Kalau semalam kita dikejutkan dengan cerita Fizz Fairuz tentang pertunangannya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar yang terjadi seminggu selepas pertunangan mereka pada 10 Februari, hari ini melalui Berita Harian , wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.


Fuh Macam-Macam! Wanita Ini Berjaya Hamil Hasil Sperma Dari Google




Ann Spalding, menginginkan anak dari rahimnya sendiri. Sayangnya, dia belum menemui pasangan hidup yang sesuai.
Untuk hamil, perlukan belanja yangg mahal dari bank sperma yang berharga £3.000. Dengan niat untuk hamil dia membuat iklan online untuk mencari lelaki yang bersedia menjadi penderma sperma.

Saya merindukan bayi tapi tidak ingin menunggu lelaki yang sesuai, jadi saya guna Google untuk mencari penyumbang sperma,” kata Ann seperti yang dilaporkan The Sun.
Dari pencarian di Google, dia menemui sejumlah komuniti yang mempertemukan penderma dan pencari sperma.
Dalam sejumlah iklannya, dia memperkenalkan diri sebagai seorang wanita bujang yang memerlukan penyumbang sperma supaya hamil sebelum usia 30 tahun. “Saya tidak menunjukkan foto saya,” ujar wanita berbangsa Inggeris ini.
Beberapa hari beriklan, dia menerima lima tawaran penderma sperma lengkap dengan identiti dan foto.

Saper Nak Beli Benda Ni?



Bhai.... Alangkan telefon yang ader sekarang pon selalu tak perasan letak kat mana... inikan pulak telefon yang macam nih.... hancuss... sure tak jumpa punya.... tambah lagi kalu bateri dah abis... nak call tabley.... hahaha.... hilang sajer la.... hahaha....

Tapi kalu dah ader.... gua nak gak beli satu... itupon kalu murah la.... hahaha... nampak gempak kan telefon / handphone camnie.... hahaha.... brutal aper... cuma harapnyer cermin dier nih susah nak pecah la... kalu tak... senang-senang jer pecah terduduk ker... sebab tak perasan handphone nih ader..... hahaha...

Gadis Comel Sebelum Dan Selepas Berat Badan Turun Mendadak



 Setiap orang inginkan tubuh yang cantik, terutamanya dikalangan wanita. Wanita sangat takut apabila berat badannya mula naik, kerana mereka sangat mengutamakan penampilan diri. Gadis dalam gambar ini yang dahulunya boleh dikatakan agak berisi tetapi kini berjaya mendapat susuk tubuh yang sangat cantik. Kepada wanita diluar sana, jangan berputus asa dan teruskan usaha mendapatkan susuk tubuh yang diidamkan. Turunkan berat badan anda mulai sekarang.

Sewa paha untuk iklan




Tokyo: Ia negara yang terkenal kerana cara unik untuk mengiklankan produk.

Tetapi, Jepun kini melangkah satu tapak ke depan dengan wanitanya menyewakan paha mereka untuk syarikat memasarkan produk masing-masing dengan kadar bayaran tertentu.

Dengan tanggapan bahawa iklan yang baik perlu diletakkan di tempat orang akan memberikan tumpuan, paha wanita sudah pasti menjadi pilihan paling sesuai.

Dan strategi pemasaran pintar itu sudah terbukti menjana kejayaan.

Setakat November lalu, kira-kira 1,300 wanita muda mendaftarkan paha mereka untuk dijadikan ruang iklan dengan syarikat perhubungan awam, Absolute Territory dan jumlah itu semakin meningkat.

PERGADUHAN BERAKHIR DENGAN TRAGIS !!!


TIGA SEKELUARGA MATI DI BUNUH DENGAN KEJAM DI SIBU, SARAWAK
 Tragedi berdarah di Sungai Empawah Khamis lepas yang menyaksikan tiga sekeluarga mati dibunuh, dipercayai oleh tiga warga Indonesia, adalah berpunca daripada satu pergaduhan yang bertukar menjadi ganas antara seorang majikan dengan pekerjanya, dan bukan rompakan bersenjata seperti dikatakan berlaku sebelum ini.

Petua Penyakit Batu Karang



Diberikan petua cara tradisional bagi sesiapa yang mengidap penyakit batu karang untuk diamalkan kalau di izinkan Allah ia boleh menghancurkan batu karang yang ada di dalam tubuh kita dan akan mengurangkan penderitaan penyakit tersebut.

Cara-caranya.

[KISAH TELADAN] Buang Ego, Selamat Bersama Kembali Hattan-Arianie



Petaling Jaya: Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan.
Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem.

“Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.

“Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja,” katanya.

Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu.

Ditendang Bomba Kerana Lambat Nak Bunuh Diri (Video)


Kejadian ini terjadi di Arab Saudi apabila seorang lelaki yang bernekad ingin membunuh diri dengan cara terjun bangunan. Pihak bomba menunggu-nunggu ‘terjunan bebas’ dari beliau. Oleh kerana memakan masa menunggu beliau berfikir sama ada ingin terjun ataupun tidak, pihak bomba telah menendang beliau hingga terjatuh. Agak lawak jugak. Jom kita tengok video ni 

Laluan Ditutup Sementara Akibat Tumpahan Asid



JOHOR BAHRU: Laluan di Jalan Sagu 6 di Taman Daya di sini terpaksa ditutup beberapa jam selepas berlaku tumpahan asid hidroklorik dari sebuah tong plastik di atas laluan berkenaan.

Perkara yang Jarang Berlaku tetapi Pernah Berlaku (13 Gambar)



 Perkara yang jarang berlaku tetapi tidak mustahil boleh berlaku. Kerana ianya pernah berlaku walaupun tidak pernah kita lihat. Berikut kesemua 13 gambar lawak, pelik, aneh dan sebagainya. Yang pasti ianya sangat menarik.

Apple kena godam seperti Facebook



SAN FRANCISCO: Syarikat Apple berkata ia mengalami serangan siber serupa serangan yang melanda Facebook baru-baru ini.
Bagaimanapun, syarikat gergasi teknologi itu berjaya menghalang penggodam merampas data penggunanya.
Pembuat iPhone, iPad, iPod dan komputer Macintosh itu berkata ia sedang bekerjasama dengan pegawai penguatkuasa undang-undang bagi memburu penggodam itu, yang muncul dalam beberapa serangan siber ke atas firma-firma teknologi Amerika Syarikat. - AFP.

RM2.2j lesap sekelip mata



Petaling Jaya: Tiga lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai RM2.2 juta dari sebuah van syarikat keselamatan dalam kejadian di Jalan 227, Seksyen 51A, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebelum itu tiga pengawal keselamatan berusia dari 20 hingga 30-an itu dalam perjalanan menghantar wang berkenaan ke sebuah bank di ibu negara sebelum berhenti di medan selera di jalan berkenaan untuk membeli sarapan kira-kira jam 10 pagi.

Rafidah Aziz di Fitnah minum Arak?



Gambar di atas di petik dalam blog King Of Goblok, kecoh depa kata ini gambar di edit oleh King...

hahahahahaha anda boleh baca dan nila sendiri disini King Of Goblok..

Kita, OKU dan kawan-kawan YBku...

Biasa juga aku lepak minum kopi dengan kawan-kawan aku yang hari ini sudah jadi YB. Kadang-kadang sedang melepak datang orang buta menjual tisu atau pengemis. Kadang-kadang kita bagi duit. Kadang-kadang kawan-kawan kami ini berpaling. Aku memerhati dengan tajam hal ini.
Terfikir di kepala aku adakah kawan aku yang hari ini sudah YB tidak berasa apa-apa akan isu ini. Apakah dia ketika itu di luar tugasnya? Apakah isu pengemis, OKU ini tidak menyentuh hatinya yang telah diangkat rakyat untuk membela nasib mereka di dewan bertuah?
Aku sangat-sangat tersentuh ketika mereka berpaling endah tak endah terhadap rakyat ini. Aku mula ragu dengan kejujuran mereka apakah mereka menganggap itu karier sahaja atau benar-benar mahu berjuang?

Aku terpaksa menyoal kembali diriku: apakah orang sebegini akan aku angkat memimpin masyarakat?


Sumber: ronasina

Kampung paling sejuk di dunia



OYMYAKON, Rusia - Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.

Perkampungan Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat - 50°C.

Fizz Fairuz Minta Maaf Kepada Almy Nadia & Mengaku Sudah Putus Tunang


Fizz Fairuz
Susulan daripada kes pertunangan secara senyap-senyap oleh pelakon terkenal Fizz Faiuz pada 10 Februari lalu, akhirnya pelakon ini tampil kepada pihak media bagi menjelaskan segala-galanya
.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Fizz Fairuz mengaku bahawa hubungannya bersama wanita yang dikenali sebagai Azlyn Massiela kini telah berakhir kerana merasa tertipu apabila mengetahui status sebenar wanita tersebut.

“Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang.
“Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut dan menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu lalu”
Berikutan daripada kontroversi tersebut, Fizz turut memohon maaf kepada Almy Nadia secara terbuka.
“Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni.

“Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang.”
Sumber : Harian Metro

Pelik! Duit RM10 Bernilai RM 10K, Ada Dua Wajah Agong



Agak mengejutkan juga bila seorang lelaki dilaporkan menjumpai sekeping duit 10 ringgit dengan dua gambar agong tercetak pada salah satu muka duit kertas itu. Duit RM10 yang unik tersebut dijumpai oleh seorang pensyarah di Institut Perguruan Tawau (IPG), Lim Chee Kah.


Sehingga kini, belum dapat dipastikan bagaimana note RM10 itu menjadi begitu, mungkin kerana kesilapan akibat percetakan ataupun angkara perbuatan pengguna sendiri.

Murid 4 Tahun Dirogol Jiran


Seorang murid tahun empat di sebuah sekolah di sini mendakwa dirogol dua remaja lelaki dikenalinya yang merupakan jiran mangsa di Kampung Baru Nelayan di sini, kelmarin.

Kejadian dikatakan bermula ketika mangsa diajak ke rumah salah seorang remaja dan kemudiannya kedua-dua remaja itu merogolnya di dalam bilik tidur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Tumpat, Asisten Superintendan Mohd Azmi Mohd Ali berkata, hasil siasatan mendapati mangsa telah dirogol oleh suspek sebanyak tiga kali sejak tahun lepas lagi.

Penggodam Laman Web Kerajaan dikatakan seorang wanita berusia 20-an



Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.    

Pelik! Bagaimana Manusia Ini Boleh Terapung Di Udara (7 Foto)


Pelik! Bagaimana Manusia Ini Boleh Terapung Di Udara (7 Foto) | Jika di Bukit Bintang, sudah pasti anda akan teringat tentang manusia ‘emas’ dan ‘silver’ yang dilihat membuat aksi tersendiri. Aksi mereka turutdirakam oleh pengunjung yang berada di sana. Namun pernahkah anda melihat aksi orang terapung diudara? Rasanya tiada setakat ini melainkan ia dilakukan dalam persembahan khas di acara pentas. Beberapa orang dilihat membuat pertunjukan terapung di kawasan orang ramai lalu lalang. Ada juga yang memberikan duit sebagai tanda penghargaan. Boleh lihat gambar di bawah ini.
terapung4
terapung5
terapung6
terapung1
terapung7
terapung2
terapung3

Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3 ! Jangan Jadi Macam Lelaki Ini (10 Gambar)

Berhati-Hati Semasa Beli Samsung Galaxy S3, Jangan Jadi Macam Lelaki Ini (10 Gambar) 
Seorang lelaki telah membeli Samsung Galaxy S3 dan membawanya ke kedai servis Samsung kerana ianya tak boleh connect pada WiFi dan juga beberapa isu lain. Pekerja Samsung tidak dapat mambantu lelaki tersebut dan menyuruhnya untuk melihat dengan lebih teliti pada telefonnya itu. Cuba teka apa yang dia nampak?

#buta punya olang... terang2 kat depan dah tulis.. 

Invalid Domain Name

BRA TERBESAR DUNIA UNTUK KUTIPAN KANSER PAYUDARA


Untuk badan amal kanser payudara 

Apa yang anda lihat di bawah ialah bra terbesar di dunia sebesar 29.6 meter dan seberat 90 kilogram. Lebar setiap cup pula ialah 7 x 2.5 meter. Bra ini dihasilkan bagi membuat kutipan amal kanser payudara di United Kingdom. Ianya kini dilelong di laman Ebay. Jika anda mahu memiliki bra gergasi ini silalah letakan bidaan anda disini

Gambar...

Hotel Mewah Dalam Helikopter


Wau, biar betul nie. Dalam Helikopter nie ada hotel mewah. Bestnyer kalau hotel nie memang wujud. Leh tukar2 pemandangan dan udara kalau macam nie.

The Hotelicopter mempunyai 18 bilik mewah dilantik untuk penagih adrenalin mencari pengalaman perjalanan yang benar-benar unik dan tidak dapat dilupakan.

Setiap bilik kalis bunyi dilengkapi dengan katil bersaiz queen, linen halus, bar mini, mesin kopi, akses internet tanpa wayar, dan semua pelantikan mewah yang anda harapkan daripada terbang hotel lima bintang. Perkhidmatan bilik disediakan satu jam selepas lepas landas dan sebelum mendarat. "The Hotelicopter adalah disebabkan untuk terbang perjalanan sulungnya pada musim panas ini (Jun 26) dengan harga yang tidak didedahkan ...




Apabila Awek Punk Pakai Tudung (2 Gambar)

#Muslimah versi punk?









Aidil Zafuan Bakal Cerai & Kahwin Lagi Julai Ini?


1a














Mungkin sudah sampai ke penghujung hubungan mereka, Aidil Zafuan & Rita Rudaini dikhabarkan bakal bercerai pada 25 Februari berdasarkan permohonan cerai yang difailkan oleh pemain bolasepak kebangsaan ini.

Menerusi Rotikaya, Berita Harian melaporkan Aidil khabarnya sudah pun mempunyai pengganti bernama Zarema Zainal melalui kiriman e-mail seorang individu kepada Rita Rudaini.
“Just wanna inform that Zarema Zainal will be married to Aidil Zafuan on July.”

Antara 10 kesilapan diet paling besar



-Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.

-Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda. Makan dengan sikit tetapi kerap ya. Bukan makan 5x tapi sepinggan penuh.

-Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.

-Elak nasi. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebih kan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.

Banjir Kilat di Puchong


ohtidak-banjir-puchong-5

ohtidak-banjir-puchong-4
Lagi gambar..
ohtidak-banjir-puchong-3
ohtidak-banjir-puchong-2
ohtidak-banjir-puchong-1
3 lagi gambar yang baru diterima. Terima kasih Fadzly Mohamad:
ohtidak-banjir-puchong-8
ohtidak-banjir-puchong-7
ohtidak-banjir-puchong-6
ohtidak-banjir-puchong-12
ohtidak-banjir-puchong-11
ohtidak-banjir-puchong-10
ohtidak-banjir-puchong-9

SEJARAH RINGKAS TANDAS

#Mari belajar mengenai TANDAS.





Laporan asal Visually

PEMBANTU rumah dera baby, Yuliana, 23 dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun



PEMBANTU rumah warga Indonesia, Yuliana, 23 dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di Mahkamah Seksyen, Kuantan, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Jangan Mudah Percaya Dengan Iklan Di Internet (3 Gambar)

#Waspada, sebijik macam kat mudah.my..