Gara-gara dkritik hebat oleh penyokong Pakatan Rakyat..Salih Yaacob merajuk






















Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, dilaporkan oleh Utusan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dunia hiburan ekoran penyebaran sketsa pendek berjudul Buku Jingga di laman YouTube.

Sketsa tersebut merupakan satu daripada video yang diterbitkan dalam siri Bangkang dari Longkang.

Sketsa pendek berdurasi kira-kira tiga minit yang memaparkan situasi di sebuah ceramah parti politik itu turut disertai seorang lagi rakan pelawaknya, Nabil Ahmad.

Kesannya, Salih mendapat kritikan meluas daripada pihak penyokong parti pembangkang, bahkan stesen radio Sinar FM turut diugut untuk diboikot.

"Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat.

"Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Laporan dan video yang memaparkan sketsa Buku Jingga itu boleh ditonton diSINI

Siri Bangkang dari Longkang turut membarisi pelawak Afdlin Shauki, Sathiya, Harun Salim Bachik, Adlin Aman Ramlie, Sharifah Shahira, Harith Iskander, Douglas Lim, dan Johan Raja Lawak yang menyentuh pelbagai isu semasa termasuklah isu Buku Jingga, Gaji Minimum, dan BERSIH.

Setakat ini hanya Nabil dan Salih Yaacob yang menerima tempias kerana terbabit dalam siri Bangkang dari Longkang.

Bagaimana pula respons masyarakat terhadap pelawak lain yang turut mempersenda PR dalam pelbagai isu?

Tonton video-video tersebut di ( SINI ) dan nilailah fitnah dan sindiran yang dilakonkan oleh mereka..

DCM

Artikel Terkait