Kes ragut berlaku semalam di Salak Selatan..



Kes ragut yang berlaku semalam di Salak Selatan.


Terlalu banyak faktor mengapa perkara ini berlaku. Pada pandangan kami, terlalu ramai warga asing yang bermaharaja di Malaysia dan ada segelintir dari mereka terpaksa mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang. Apapun ianya golongan terpencil sahaja. Ramai lagi yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki yang halal (usah pandang serong pada semua).
Kemudian, kurangnya kesedaran umum untuk mengelakkan diri dari menjadi sasaran si durjana. Satu lagi sebab yang ramai terlepas pandang, di zaman orang sekelilingnya bergaya dengan phone canggih dan pelbagai lagi, ramai anak-anak muda tempatan kita sendiri yang mengambil jalan singkat untuk mendapatkan semua itu. Kurangnya didikan agama kepada anak muda hari ini juga menjadi salah satu puncanya. Itu hanya beberapa selebihnya anda sendiri boleh fikirkan.

Diingatkan juga jika anda menjadi mangsa ragut, jangan sesekali melawan. Berikan sahaja apa yang mereka mahu. Duit dan harta boleh di cari tapi kalau nyawa, mana nak cari? Kesian keluarga anda.

Wahai Ibu bapa, tolonglah mainkan perananan anda sebaik-baiknya. Pantau anak-anak anda sepenuhnya siapa kawan mereka, apa aktiviti mereka, dari mana mereka ada duit dan sebagainya.

Psst: Ianya tidak melibatkan hal politik. Jadi sila respon menggunakan otak bukan lutut.

Info & gambar dari Shamhardy dan DAily TRaffic REport.

Artikel Terkait