Tayangan filem x-rated di Malaysia tahun 70an


Percaya tak filem lucah atau x-rated pernah ditayangkan di pawagam di Malaysia nih haaaaa.

betul ni...ia berlaku sekitar tahun 1970an dulu...

Gambar di bawah menunjukkan para penonton sedang menunggu di luar bangunan pawagam Odeon di Kuala Lumpur untuk menonton filem Sex And Life, iaitu sebuah filem x-rated! Ia berlaku pada sekitar awal 1970-an.




Filem x-rated (atau berklasifikasi X) umumnya merujuk kepada filem yang bertemakan seks atau mengandungi adegan-adegan yang sangat melampau dan tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Filem-filem sebegitu juga digelar sebagai filem dewasa

Menurut kajian seorang sarjana bernama Tripat Narayanan mengenai penayangan filem di Malaysia di antara tahun 1970 hingga 1973, filem-filem x-rated pernah ditayangkan di Malaysia pada awal 1970-an.

 Ketika itu pihak penapis filem sedang cuba untuk memperkenalkan sistem pengkelasan filem, dan filem-filem x-rated seperti Sex And Life, X-Phobia, Old Man's Biological Urge dan lain-lain telah dilepaskan untuk tayangan di pawagam sebagai satu bentuk eksperimen atau percubaan.

Seperti yang dijangka, banyak pihak dan orang ramai yang membantah tindakan tersebut. Maka pada 1972 sebuah jawatankuasa khas telah dibentuk bagi mengkaji mengenai kontroversi isu seks dan keganasan dalam filem. Hasilnya selepas itu semua filem x-rated telah diharamkan di Malaysia.


Artikel Terkait