Di tengah-tengah kotaraya New York terdapat sebuah taman awam tergantung yang unik. High Line ialah taman awam yang dibina di atas landasan keretapi yang terbiar. Pada asalnya High Line ialah landasan keretapi yang membawa kargo dari luar masuk ke New York. Ianya dibina pada tahun 1929 bagi menjamin keselamatan penduduk bandar. Sebelum High Line dibina, keretapi kargo bergerak di atas jalan raya yang juga digunakan oleh penduduk setempat. Selepas berlaku beberapa kemalangan maut, pihak berwajid New York merasakan adalah lebih baik membina landasan keretapi baru di atas jalan raya yang sedia ada.
Sekitar 1950an penggunaan kereta sebagai pembawa kargo diambil alih oleh lori. Akibatnya landasan keretapi bertingkat ini mula terbiar dan ditumbuhi rumpai. Selama berdekad lamanya High Line terbiara dan ada beberapa cadangan supaya ianya dimusnahkan sahaja. Pada tahun 1999 terdapat gerakan baru yang merasakan ada baiknya High Line yang kini ditumbuhi pokok ran rumput diubah sahaja menjadi taman awam. Ruang terbuka untuk taman sukar ditemui di New York dan dengan merubah High Line kepada taman awam sebuah taman baru dapat dibuka.
Pada tahun 2009 fasa pertama High Line dibuka sebagai taman awam. Fasa ini adalah sepanjang 1.6 kilometer yang kini dilengkapi bangku dan trek pejalan kaki. Fasa kedua pula dibuka pada tahun 2011. Fasa ketiga dan terakhir kini dalam pembinaan dan akan mengubah High Line menjadai taman sepanjang 2.3 kilometer apabila siap kelak.
Laporan asal ArchDaily