Za’faran @ Saffron ialah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 - 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Sebab itulah Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia.
Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran @ Saffron merupakan rempah yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700 hingga RM23,000 sekilo!