PERCUBAAN AWAL HIBRID KAPAL TERBANG DAN HELIKOPTER (15 GAMBAR)


Kesatuan Soviet menghasilkan Kamov Ka-22 Vintokryl (Skru Udara). Pesawat experimental ini dibina pada tahun 1959 untuk kegunaan tentera. 

Tujuan pembinaa ialah bagi memudahkan pengangkutan senjata dan tentera ke kawasan yang sukar untuk kapal terbang mendarat. Pada waktu pembinaan pesawat kargo utama Soviet ialah Antonov An 22 Cub. Vintokryl direka supaya mempunyai keupayaan setanding Cub. Empat buah Vintokryl dibina sebagai protaip dan setiap satunya diperkasakan dengan dua enjin turboprop Soloviev D-25VK 5500 kuasa kuda. Semasa penerbangan percubaan pesawat ini mengalami masalah gegaran yang kronik dan berlaku beberapa kemalangan maut akibat kegagalan sistem kipas utama. Oleh sebab itu projek ini dianggap gagal dan dihentikan pada tahun 1964.




Laporan asal Wikipedia
Foto Avistar

Artikel Terkait