Payung Terjun Untuk Selamatkan Pekerja Di Bangunan Tinggi (4 Gambar)


Para pekerja yang bertugas di bangunan pejabat tinggi tidak lama lagi akan mempunyai kaedah baru untuk menyelamatkan diri selain menggunakan tangga kecemasan sekiranya berlaku kebakaran atau bencana iaitu dengan SOS Parachute.


Penciptanya, Morris Shahbazi berkata bahawa payung terjun ini mampu terbuka sepenuhnya pada ketinggian 100 kaki, jauh lebih cepat daripada payung terjun konvensional.

Beliau berharap tidak lama lagi payung terjun ini akan menjadi salah satu alat keselamatan biasa yang boleh didapati dalam bangunan pejabat tinggi di seluruh dunia.

Menurut Morris lagi, beliau telah menghabiskan masa selama 12 tahun bagi menyiapkan projek "SOS Parachute" dan usahanya disokong oleh beberapa pihak apabila berlakunya kejadian 11/9 yang memusnahkan bangunan World Trade Center dan menyebabkan ramai orang awam terutamanya pekerja pejabat terbunuh.

Syarikat beliau yang ber ibu pejabat di Panama kini telah membuka pejabat cawangannya di Dubai. Amerika Syarikat dan Singapura malah cawangannya yang beroperasi di London akan dibuka tidak lama lagi.

Produk tersebut diterangkan sebagai sebuah "sistem pemindahan tinggi".


Artikel Terkait