ANGELINA JOLIE MEMBUANG KEDUA BELAH BUAH DADA BAGI MENGELAKKAN KANSER


Pelakon terkenal Angelina Jolie mengumumkan beliau sudahpun menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah buah dada beliau bagi mengurangkan risiko mengidap kanser payudara. Dalam artikel yang ditulis oleh beliau di New York Times hari ini, Angelina berkata beliau diberitahu pihak doktor beliau mempunyai 87% kebarangkalian mengidap kanser payudara dan 51% kebarangkalian mengidap kanser ovari. Ini adalah kerana beliau didapati membawa gen BRCA1 yang mengakibatkan kedua-dua kenser ini berlaku di kalangan wanita. 

Angelian berkata beliau mula menjalani pembedahan membuang buah dada beliau Febuari lalu dan rawatan selesai pada bulan April. Bagi menjalani kehidupan yang normal, buah dada beliau kini digantikan dengan implan. 


Pelakon yang terkenal dengan kesesksian beliau ini berkata tindakan drastik ini diambil kerana beliau kehilangan ibu beliau Marceline Beartrand (57) pada tahun 2007 yang mengidap kenser payudara. Angelina tidak mahu anak-anak beliau kehilangan ibu mereka akibat penyakit yang sama. Beliau berharap kaum wanita di luar sana supaya melakukan ujian bagi melihat sama ada mereka membawa gen maut BRCA1 dan berharap mereka mempunyai keberanian untuk melakukan pembedahan drastik ini seperti beliau. Apa yang dilakukan oleh beliau ini memang mengejutkan tetapi paham beliau mahu terus menjadi ibu kepada anak-anak beliau selama yang mungkin tanpa perlu risau diserang kanser maut ini. 


Laporan asal New York Times

Artikel Terkait