Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini
selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan
kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Berikutan itu, perdana menteri menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, untuk menghadap
ketua
negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan
Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya
negeri pada 16 April 2011.
Pilihan
raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin
jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun
Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan
berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60
hari.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.
Mengikut
Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti
diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.
Najib membuat pengumuman tersebut hari ini sempena ulangtahun
keempatnya sebagai perdana menteri, selepas mengambil alih pentadbiran
daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Dalam
ucapannya selama kira-kira 15 minit itu, Najib turut memuji usaha yang
dijalankan anggota pentadbirannya, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinet.
Katanya, usaha yang
dijalankan itu antara lainnya berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup
rakyat dan menunjukkan bahawa kerajaan BN bertanggungjawab.
“Kerajaan
ini letak kepentingan rakyat malaysia mengatasi segalanya. Kami
merupakan kerajaan yang berani menepati janji dan memelihara amanah.
Bukan sikap kami tanam tebu di bibir.
“Bukti komitmen mampu diukur oleh prestasi sepanjang empat tahun,” katanya dalam ucapan tersebut.
Turut
menyertai Najib ketika membuat pengumuman tersebut ialah Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri.
Sementara itu menurut Bernama,
berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di
seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember
2012.
Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan
dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak,
manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
Ketika
Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN enguasai
137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti
Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan
parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.
Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
Dalam
pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan
Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82
kerusi.
Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Perak
bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga
wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.
Bagi
SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya
umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya
selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa
Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang
dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
Lapan elemen
itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan
undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi
masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan
tempoh kempen tidak kurang 10 hari.
Selepas pilihan raya
umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan
peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN,
yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan
pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi
Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan
Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau,
Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas,
Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Jumlah pilihan raya
kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara
selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil
diadakan.
Parlimen bubar hari ini
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)