Lukisan "The Scream" Dilelong Dengan Harga RM360 Juta



NEW YORK - Lukisan bertajuk “The Scream” atau Jeritan, karya Edvard Munch, menjadi hasil seni termahal dilelong - mencecah paras AS$119.9 juta di New York, semalam.

Hasil seni ini ialah salah satu daripada empat hasil seni yang dihasilkan dari expresionis Norway itu dan satu-satunya yang menjadi simpanan peribadi beliau.


Harga pralelong dianggarkan AS$80 juta.

Lukisan tahun 1895 itu telah dibeli di Sotheby, New York City, oleh seorang yang tidak dikenali semalam dengan harga permulaan AS$50 juta dan lelongan berakhir 12 minit kemudian.

Hasil jualan akan disalurkan kepada badan-badan muzium baru, hotel dan pusat seni di Norway. Rekod terdahulu untuk hasil seni dijual pada harga AS$106.5 juta pada 2010, dihasilkan oleh lukisan Picasso iaitu Nude, Green Leaves, dan Bust.

Harga jualan ini termasuk dengan sajak yang dihasilkan oleh Munch dibingkaikan, yang menggambarkan inspirasi beliau di sebalik hasil seni ini.

Sajak yang dihasilkan menggambarkan perasaan pelukis mengenai perasaan yang muncul ketika pelukis berjalan bersama teman beliau dan muncul satu jeritan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.

Hasil seni ini dijual oleh usahawan Petter Olsen, yang bapanya pernah rapat dengan pelukis dari Norway itu dan beliau membuat keputusan untuk menjualnya awal tahun ini.

Artikel Terkait