Home
All posts
"SAFFRON", BUNGA PALING MAHAL DI DUNIA (10 Gambar)
Za’faran @ Saffron ialah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 - 30 cm. Bunga Za’faran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Za’faran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Sebab itulah Za’faran tergolong antara bahan yang termahal di dunia.
Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Za’faran @ Saffron merupakan rempah yang paling berharga dan termahal di dalam dunia. Harga Za’faran boleh mencecah dari RM1,700 hingga RM23,000 sekilo!
Apa Maksud Lampu Putar Di Kedai Gunting Rambut?
Apa Maksud Lampu Putar Di Kedai Gunting Rambut? | Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut yang boleh dipotong di “barber shop” tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)
MASJID JAMEK KOTA FEROZ SHAH DELHI MUSNAH TAPI MASIH DIGUNAKAN(18 GAMBAR)
Masjid Jamek Feroz Shah Kotla ialah sebuah masjid purba yang sudah musnah tetapi ianya masih digunakan sehingga ke hari ini di bandaraya Delhi India. Masjid ini dibina di dalam istanakota Feroz Shah Kotla yang dibina olehSultan Feroz Shah Tughlaq pada tahun 1354. Masjid ini adalah sebahagian kota Ferozabad yang dibina oleh Sultan Feroz Shah yang juga menempatkan istana baginda. Selepas kejatuhan Kesultanan Tughlaq ditangan Empayar Mughal, istanakota Feroz Shah terbiar.
Pemimpin Empayar Mughal dan penduduk setempat kemudian menjarah batu-batuan kota ini untuk membina bangunan baru. Masjid Jamek Ferok Shah Kotla juga menjadi mangsa jarahan. Sungguhpun masjid ini kelihatan seperti sudah musnah, ia masih digunakan oleh penduduk Islam Delhi untuk bersolat. Ianya juga merupakan antara tarikan pelancong dan dibuka setiap hari kecuali ketika waktu solat. Setiap kali sebelum waktu solat pekerja masjid akan membentangkan tikar supaya makmum dapat sujud dengan selesa ketika solat.
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)