TASIK YANG MAMPU UBAH HAIWAN JADI BATU (5 Gambar)

Seorang jurugambar profesional ketika melawat sebuah tasik di Tanzania terkejut apabila menemui pelbagai jenis haiwan menjadi keras seperti baru disumpah menjadi batu.

Nick Brand ketika melawat Tasik Natron mendapat tahu haiwan itu berubah menjadi kaku seperti batu adalah kerana tubuh mereka menjadi terawet oleh alkali yang tinggi terkandung di dalam air tasik itu.

Air tasik itu sebenarnya mengandungi abu gunung berapi yang bernama Natron. Natron turut digunakan oleh orang Mesir untuk mengawet mayat para pemerintah ketika Mesir purba seperti mayat Firaun.

Tahap alkali di dalam tasik itu adalah dalam kadar pH antara 9 dan 10.5 serta suhunya adakalanya boleh mencecah 60 darjah celcius. Tidak ada haiwan akan terselamat apabila berada di tasik itu dan biasanya haiwan-haiwan itu akan mati.

Sebaik sahaja seekor burung atau binatang jenis kelawar terjatuh ke dalam air Tasik Natron, mineral yang terdapat di dalam air akan mula mengubah daging mereka menjadi batu. Tubuh mereka kemudian akan kaku betul-betul pada saat terakhir kematian mereka.

Jika dilihat daripada keadaan haiwan di dalam gambar itu, ia kelihatan seperti di sebuah tasik yang berhantu tetapi dipenuhi oleh hantu binatang akibat daripada kejadian itu.



Artikel Terkait

Newest Post