Showing posts with label terbesar. Show all posts
Showing posts with label terbesar. Show all posts

HEADPHONE TERBESAR DI DUNIA YANG BADASS (2 Gambar)

View Article
Mendengar muzik dalam persekitaran terpencil hingga menyebabkan anda dalam keadaan khayal dan melupakan apa yang berlaku di sekeliling anda merupakan salah satu perasaan yang paling menakjubkan yang anda perolehi. Dallyn Rule yang merupakan seorang peminat setia kepada muzik sejak dari zaman kanak-kanak telah mencipta sebuah headphone yang terbesar di dunia untuk Maker Faire di Vancouver, BC dan ia sudah tentunya besar.

Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia

View Article

Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.

Tarantula Sebesar Muka Manusia Ditemui Di Sri Lanka (3 Gambar)

View Article
Spesis baru tarantula bersaiz muka manusia dijumpai berhabitat dalam kawasan hutan di utara Sri Lanka. Dipetik MailOnline, jurucakap saintis Pusat Penyelidikan dan Pengajian Biodiversiti Sri Lanka memberitahu, spesies Poecilotheria rajaei itu mampu melangkah sekurang-kurangnya 20.3 sentimeter.

Dedah penyelidik, tarantula beracun yang dijumpai di dalam sebuah kuarters usang di Mankulan ini amat berbeza dengan spesiesnya kerana jarang ditemui di dunia.

"Selepas beberapa hari menjalankan kajian terhadap tarantula ini, kami mendapati spesies ini hidup di atas pokok dan dalam hutan jarang," kata Ranil Nanayakkara.

Beliau berkata, hidupan liar ini diklasifikasikan sebagai selamat kerana begitu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran tetapi mampu pupus jika habitatnya dimusnakan oleh pembangunan semasa.

WÄRTSILÄ-SULZER RTA96-C ENJIN TERBESAR DI DUNIA (10 GAMBAR)

View Article
Wärtsilä-Sulzer RTA96-C ialah enjin terbesar di dunia. Enjin diesel yang dihasilkan Wärtsilä, sebuah syarikat yang berpengkalan di Finland. Enjin14 silinder, berkapasiti 1820 liter dan seberat 2300 tan ini mampu menghasilkan 108 920 kuasa kuda. Kapal pertama yang menggunakan enjin ini ialah Emma Mærsk pada tahun 2006. Setakat ini 25 Wärtsilä-Sulzer RTA96-C sudah dihasilkan dan 86 lagi sedang dalam pembinaan.

Ralph, Arnab Terbesar Dan Terberat Di Dunia (4 Gambar)

View Article
Seekor arnab bernama Ralph mencipta kemasyhuran apabila menjadi arnab paling berat di dunia dengan 25.5 kilogram.

Kini berusia empat tahun, Ralph mendapat pengiktirafan itu pada 2010 sebelum tempatnya diambil alih arnab lain, Darius, yang mempunyai berat 22.2 kilogram. Pemilik haiwan itu, Pauline Grant berkata, Ralph kini lebih berat berbanding kanak-kanak normal berusia tiga tahun. “Ralph kini semakin matang dan beratnya tidak pernah dicapai sebelum ini.

“Walaupun begitu, Ralph sihat,” katanya.

Satu-satunya masalah dihadapi Pauline ialah bulunya yang sering mengganggu orang lain. Kata Pauline, pemakanan Ralph sejak sekian lama tetap sama walaupun doktor haiwan pernah menasihati supaya ia dikawal.

“Saya dapati pemakanan biasa Ralph tidak memudaratkannya,” katanya. Sebelum ini, ibu Ralph, Amy, diiktiraf Buku Rekod Guinness sebagai arnab terbesar di dunia sebelum haiwan itu mati empat tahun lalu.

Rumah Atas Pokok Terbesar Di Dunia (6 Gambar)

View Article

Reverend Horace Burgess, menghabiskan masa selama 11 tahun untuk membina sebuah rumah di atas pokok setinggi 10 tingkat selepas mendakwa mendapat arahan daripada Tuhan untuk melakukannya.

BRA TERBESAR DUNIA UNTUK KUTIPAN KANSER PAYUDARA

View Article

Untuk badan amal kanser payudara 

Apa yang anda lihat di bawah ialah bra terbesar di dunia sebesar 29.6 meter dan seberat 90 kilogram. Lebar setiap cup pula ialah 7 x 2.5 meter. Bra ini dihasilkan bagi membuat kutipan amal kanser payudara di United Kingdom. Ianya kini dilelong di laman Ebay. Jika anda mahu memiliki bra gergasi ini silalah letakan bidaan anda disini

Gambar...