Showing posts with label semporna. Show all posts
Showing posts with label semporna. Show all posts

Lima anggota kita terkorban di Semporna, kata IGP

View Article


Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.
Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.

Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.

KPN sahkan kejadian tembak menembak di Siminul, Semporna

View Article


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 malam tadi. 

Kenyataan menerusi laman rangkaian sosial rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkata pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan pembabitan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. 
Setakat ini, katanya, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terbabit dalam kejadian terbabit. 


"Bagaimanapun, jumlah yang terbabit dipercayai tidak melebihi 10 orang. 

"Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya di sini, sebentar tadi.


Berita Harian