Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

YO HOME : APARTMENT MASA HADAPAN? (11 GAMBAR)

View Article
Cool Yo!

Seperti entry sebelum ini, kami ada bercakap tentang obsesi kita dengan rekaan masa hadapan. Yo Home ialah konsep rumah masa hadapan dimana ruangan kecil sesebuah apartment boleh digunakan dengan lebih efektik dengan penggunaan perabot boleh lipat. Yo Home ialah ilham Simon Woodroffe, yang juga merupakan pengasas YoTel yang pernah kami paparkan sebelum ini. Seperti Yotel, Yo Home mamaksimakan pengguna ruang yang kecil bagi memastikan ruang apartment800 kaki persegi seolah-oleh mempunyai ruang yang lebih besar. Sebagai contoh katil boleh disimpan diatas siling dan bahagian bawahnya kini menjadi ruang tamu. Tab mandi panas pula disorokkan didalam lantai tandas. Dapur pula boleh disorokkan dari pemandangan orang dengan menutup beberapa panel pada dinding. Konsep ini menarik tetapi mungkin hanya sesuai untuk orang bujang. Kalau dah ada anak kebarangkalian eksiden anak tersepit adalah tinggi.

Kami tak mahu ketawakan konsep ini kerana kami meyedari keluasan rumah mampu milik di Malaysia kini semakin mengecil. Jika gaji anda sekitar RM3000 di Kuala Lumpur apartment beharga RM240 000 sahaja yang mungkin mampu anda miliki. Apartment ini selalunya mempunyai luas kurang 1000 kaki persegi. Dalam masa 10 tahun akan datang harga rumah makin naik dan keluasan pastinya akan makin kurang. Be warned!


TANDAS DIUBAHSUAI MENJADI APARTMEN BAWAH TANAH (16 GAMBAR)

View Article
Tandas awam lama di London yang kini sudah diubahsuai menjadi sebuah apartmen bawah tanah. Tandas ini terletak di Crystal Palace dan dibina pada tahun 1929 sebelum ditutup pada tahun 1980an. Ianya kini menjadi apartmen mini sebesar 600 kaki persegi milik Laura Clark yang bekerja sebagai seorang arkitek. Beliau menemui tandas terbiar ini pada tahun 2008 dan terus terlintas untuk mengubahnya menjadi sebuah apartmen. Selepas membelanjakan GBP 65 000 (RM 317 000) untuk mengubahsuainya, Laura kini memiliki antara apartmen paling unik di kota London. Nice


PASANGAN TINGGAL DALAM KOLONG SELAMA 22 TAHUN (11 GAMBAR)

View Article
Miguel Restrepo (65) dan isteri beliau María García ialah pasangan yang tinggal di Madellin Colombia. Miguel seorang bekas penagih dadah sudah tinggal di dalam kolong bawah tanah seperti Teenage Mutant Ninja Turtlessejak 22 tahun yang lalu. Rumah pasangan ini sepanjang 10 kaki, 4.4 kaki lebar dan6.5 kaki tinggi didiami oleh Miguel, isteri dan anjing peliharaan mereka Blackie."Rumah" mereka ini mungkin kecil tetapi dilengkapi dengan semua keperluan harian seperti dapur, katil dan set televisyen.