TANDAS DIUBAHSUAI MENJADI APARTMEN BAWAH TANAH (16 GAMBAR)

Tandas awam lama di London yang kini sudah diubahsuai menjadi sebuah apartmen bawah tanah. Tandas ini terletak di Crystal Palace dan dibina pada tahun 1929 sebelum ditutup pada tahun 1980an. Ianya kini menjadi apartmen mini sebesar 600 kaki persegi milik Laura Clark yang bekerja sebagai seorang arkitek. Beliau menemui tandas terbiar ini pada tahun 2008 dan terus terlintas untuk mengubahnya menjadi sebuah apartmen. Selepas membelanjakan GBP 65 000 (RM 317 000) untuk mengubahsuainya, Laura kini memiliki antara apartmen paling unik di kota London. Nice




Laporan asal CrystalPalaceToilet

Artikel Terkait