Budak Peroleh Pendapatan RM8juta Hasil Karya Lukisannya



Budak Peroleh Pendapatan RM8juta Hasil Karya Lukisannya | Seawal usia 10 tahun ini sudah peroleh pendapatan RM8juta, sudah pasti anda berasa hairan akan kemahiran yang dimilikinya.

Beliau merupakan seorang prodigi lukisan Kieron Williamson kini telah memperolehi pendapatan sekitar RM7juta hingga ke RM8juta dari hasil jualan lukisannya. Kieron telah mula menunjukkan bakat melukis pada umur 5 tahun dan telah membuat beberapa pameran lukisan di sekitar bandar Norfolk di England dan telah menjual 23 buah lukisan pada harga  £242,095 ( hampir RM1juta ) .

Kieron mula meminati bidang melukis seawal usia 6tahun. Anda juga boleh melihat video lukisannya di youtube yang amat terlaris. Pendapatannya yang tinggi membuatkan beliau semakin didorong ahli keluarganya kerana kehidupan mereka agak susah suatu ketika dahulu. Kini, Mereka sudahpun memiliki harta yang amat mewah dan kesenangan hidup atas bakat hebat ciptaan tuhan ini.

Kieron juga telah diberikan jolokan nama Mini Monet kerana bakat melukisnya dan duit dari hasil jualan lukisan  itu diuruskan oleh ibu bapanya.










  

Artikel Terkait