
KAJANG – Seorang suri rumah berusia 44 tahun tidak menyangka kedatangan abang iparnya pada waktu pagi kelmarin berakhir dengan dia menjadi sasaran nafsu jahat lelaki itu yang sanggup mencabul dan cuba merogolnya.
Kejadian yang berlaku pada pukul 9.30 pagi di Taman Jasmin di sini membabitkan lelaki warga emas berusia 65 tahun. Suspek yang tinggal satu taman dengan rumah mangsa dikatakan muncul di rumah mangsa sejurus selepas suami mangsa keluar bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel.
Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus menjemput abang iparnya masuk ke dalam rumah.
