Showing posts with label konspirasi. Show all posts
Showing posts with label konspirasi. Show all posts

(Panas) Video - Kematian Michael Jackson hanya sebuah konspirasi

View Article



Peminat-peminat fanatik Michael Jackson mendakwa kematian penyanyi berkenaan pada Jun tahun lalu adalah palsu sebaliknya raja pop itu masih hidup dan menyamar sebagai seorang lelaki bernama Dave Dave yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) selepas dibakar oleh bapanya semasa dia masih kecil, lapor sebuah akhbar semalam.
Kontroversi itu tercetus apabila Dave Dave muncul dalam rancangan bual bicara popular di Amerika Syarikat (AS), Larry King Live untuk menceritakan persahabatannya dengan Michael pada tahun lalu. Sejak itu, lebih sejuta penonton terpegun mendegar suara Dave Dave apabila menonton klip video wawancara mereka di laman perkongsian video YouTube kerana suara lelaki itu amat mirip dengan suara Michael.