Seperti yang sedia maklum, drama yang sedang hangat di pasaran sekarang bukanlah Sehangat Asmara, Setia Hujung Nyawa atau Cinta Qaseh yang penuh dengan kisah cinta romantik fantasi yang karut dan merapu2, tapi drama di dunia realiti mengenai kisah Fizz Fairuz. Berikut adalah kronologi kisah cinta Fizz Fairuz yang telah abang Nara Noob berjaya korek:
PETALING JAYA: Setiap individu beragama Islam negara ini yang berkahwin di luar negara adalah wajib menghormati undang-undang syariah iaitu perlu mendaftarkan pernikahan dalam tempoh enam bulan dari tarikh pernikahan mereka.
Perunding keluarga Islam dan Syariah, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata, mereka yang gagal berbuat demikian dikira melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan termasuk denda mengikut peraturan keluarga Islam yang diamalkan di setiap negeri.
"Bagi pasangan yang telah berkahwin di luar negara, mereka diberi tempoh masa selama enam bulan untuk mendaftar perkahwinan di mahkamah syariah.
Kalau semalam kita dikejutkan dengan cerita Fizz Fairuz tentang pertunangannya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar yang terjadi seminggu selepas pertunangan mereka pada 10 Februari, hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.