Showing posts with label Bukit Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Bukit Antarabangsa. Show all posts

Seram! Misteri Wanita Berambut Panjang Menahan Teksi

View Article

Sekadar gambar hiasan
Kira-kira pukul 2.00 pagi saya terjaga apabila mendengar suara operator telefon radio teksi membuat panggilan.
“Ada penumpang dari Bukit Antarabangsa nak ke Taman Tun Dr. Ismail, yang berdekatan, kawasan itu sila lapor….” suara operator halus keluar dari alat komunikasi.
Tanpa berfikir panjang saya terus meyambut panggilan dan menyatakan sanggup untuk menggambil penumpang itu. Dari Jalan Hulu Klang saya masuk ke simpang Bukit Antarabangsa yang jalannya banyak selekoh tajam.
Malangnya, kira-kira lima minit kemudian operator memberitahu supaya saya tidak terus ke kondo tersebut kerana teksi lain telah mengambil penumpang itu. “Dah dekat nak sampai ni,” beritahu saya pada operator.