Showing posts with label Pengarah Hospital Taiping. Show all posts
Showing posts with label Pengarah Hospital Taiping. Show all posts

Lelaki Tetak Pengarah Hospital Serah Diri

View Article


Ipoh, 6 Mac – Lelaki yang bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan parang menyerah diri kepada pihak polis hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, DSP Leong Wen Yew berkata suspek telah menghubungi pihak polis untuk menyerah diri kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, di satu lokasi di Jalan Maharajalela, Taiping.
“Suspek dijangka direman esok bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.