
SHAH ALAM: Penyampai radio Suria FM, Adibah Noor tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Halim Othman sekiranya perkara itu di izinkan Tuhan.
Adibah berkata, dia sangat selesa dengan Halim ketika berada di studio radio selain kedua-dua mereka mempunyai banyak persamaan.
"Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja.
"Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," jelasnya kepada mStar Online.