BANGUNAN PENCAKAR LANGIT YANG MAMPU MENCAIRKAN KENDERAAN (7 Gambar)

Sebuah bangunan pencakar langit bernilai £200 juta ini ternyata memberi kesan yang teruk selain dapat mempesonakan para pejalan kaki.


Bangunan yang turut digelar "Walkie Talkie" kerana bentuknya yang seakan-akan alat telekomunikasi itu memantulkan pancaran sinaran cahaya matahari terus ke jalan di bawah, merosakkan panel dan cermin kereta Jaguar XJ.

Kereta malang itu merupakan milik Lindsay Martin, pengarah sebuah syarikat jubin, yang meletakkannya di pusat London pada petang Khamis lalu.

Dia berasa terkejut dengan apa yang dilihatnya. "Mereka perlu memikirkan sesuatu. Saya berasa sangat marah. Bagaimana mereka boleh biarkan ia berterusan?", kata nya pada City A.M.

Kereta berkenaan berada di bawah pancaran cahaya itu selama satu jam tetapi badan kereta telah menjadi kemek serta mempunyai bau seperti plastik yang terbakar.

Pemilik kenderaan lain yang mengalami kerosakkan sama akibat fenomena ini, yang disebabkan oleh reka bentuk bangunan yang cengkung, juga tampil menyuarakan masalah mereka.

Eddie Cannon, jurutera di sebuah syarikat penyaman udara, berkata kenderaannya pernah mengalami nasib yang sama pada hari sebelumnya.

Beliau berkata: "Kereta saya kelihatan kucar-kacir dengan setiap plastik di sebelah kiri kereta dan papan pemuka telah cair, termasuk botol Lucozade yang kelihatan seperti ia telah dibakar."

Malah. orang pejalan kaki terpaksa membeli gogal untuk melindungi mata mereka daripada sinaran silau yang luar biasa dan bangunan itu turut digelar 'Walkie Scorchie' oleh pekerja-pekerja berdekatan. 

Pemaju bersama Land Securities and Canary Wharf berkata, mereka sedang menyiasat perkara itu, sambil menambah: "Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa London telah bersetuju untuk menggantung penggunaan tiga tempat letak kereta di kawasan itu yang menjejaskan." 

Bangunan pencakar langit ini mempunyai ketinggian 525 kaki dengan 37 tingkat akan dijangka siap tahun depan. Ia telah direka oleh arkitek Rafael Vinoly.


Artikel Terkait