KEBAKARAN DI PENJARA MEDAN 150 BANDUAN TERLEPAS (14 GAMBAR)

Bulan Ramadan syaitan dikurung di penjara. Tetapi di Penjara Tanjung Gusta, Medan Indonesia, 150 syaitan manusia terlepas dari penjara yang terbakar akibat rusuhan. Rusuhan berlaku kerana banduan tidak puas hati dengan masalah bekalan kuasa dan air yang kerap terputus. Selain daripada itu lebih dari 2400 orang banduan disumbatkan kedalam penjara yang pada asalnya direka untuk 400 orang. Kebakaran dimulakan oleh banduan yang menjadikan beberapa orang pengawal penjara sebagai tebusan. Antara yang terlepas ialah beberapa orang pengganas yang berbahaya. 




Laporan asal Yahoo

Artikel Terkait

1 comments so far