RUMAH MICRO KONSEP RUMAH MASA HADAPAN (6 GAMBAR)

Dengan kenaikan harga hartanah, semakin ramai orang yang tidak mampu untuk membeli rumah. Kesannya, seperti di Hong Kong ini, orang ramai terpaksa hidup sesak dalam apartment sempit kerana tidak mampu membayar sewa untuk rumah yang lebih selesa.


Antara langkah untuk menyelesaikan permasalahan ini adalah dengan mereka rumah yang lebih kompak dan minimalistik seperti rumah sempit yang direka dengan bijak di Jepun. Di China pula, Studio Liu Lubin telah mereka rumah mikro yang direka khas mengikut spesifikasi keperluan minimum hanya untuk keperluan asas penduduk rumah seperti untuk duduk, berdiri dan baring.

Dipamerkan di Beijing, rumah mikro ini direka dengan fungsi menggabungkan perabot dan elemen senibina menjadi satu. Setiap unit berfungsi sebagai tempat rehat, bekerja, membasuh, memasak dan sebagainya. Unit-unit rumah tersebut pula bukan sahaja mampu berfungsi sebagai sebuah bilik, malahan boleh digabungkan bersama untuk membentuk blok perumahan yang lebih besar.

Dibina menggunakan komposit fiber yang diperkuatkan, rumah ini mudah untuk diangkat dan dipasangkan menggunakan tangan. Dengan semakin berkurangnya tanah untuk didiami dan pertambahan populasi penduduk dunia, tak mustahil konsep rumah mikro ini akan semakin mendapat tempat suatu hari.

pandangan hadapan
pandangan belakang
bahagian dalam
bahagian dalam 2
detail
proses penghasilan
blok perumahan: konsep perumahan masa hadapan?
section

sumber dari Design Boom

Artikel Terkait