Pada 1896, Kerajaan Vienna bercadang untuk membina loji gas arang dan elektrik yg besar untuk penduduk tempatan memperolehi gas memasak dan lampu jalan. Lalu kerajaan membina 4 tangki simpanan gas arang yg dipanggil gasometers menggunakan batu bata setinggi 70 meter dan berdiameter 60 meter. Dengan kapasiti 90,000 meter padu, tangki ini merupakan yg terbesar di Eropah ketika itu. Namun setelah gas asli mula mendapat tempat dan lebih banyak digunakan, gas arang sudah tidak diperlukan lagi.
Pada 1984, gasometers ditutup. Kerana nilai estatik tangki gas itu tidak dirobohkan. Pada 1995, kerajaan bercadang untuk mengubah suai tangki itu untuk kegunaan lain. 4 orang arkitek; Jean Nouvel, Coop Himmelblau, Manfred Wehdorn dan Wilhelm Holzbauer tanpil memberikan idea untuk mengubahnya menjadi kawasan perumahan. Lalu pada 1999, pembinaan pun dijalankan. Dibawah ini adalah gambar² tangki yg sudah diubah menjadi perumahan.