Lisa Surihani Jelaskan Isu Guna Nama Lariskan Produk


Pelakon jelita, Lisa Surihani kini tampil memperjelaskan mengenai gambar miliknya telah diambil tanpa kebenaran untuk tujuan melariskan produk kecantikan yang semakin mendapat tempat di Malaysia, SNE.
Lisa Surihani Jelaskan Isu Guna Nama Lariskan Produk

Menurut Lisa, beliau adalah duta kepada produk Garnier Skin Naturals sahaja malahan dia juga sudah memaklumkan kepada pihak Beutskin agar membetulkan kenyataan mereka mengenai isu ini.
Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh aktress jelita ini melalui laman facebooknya ialah, pihaknya ingin menjelaskan bahawa Lisa Surihani bukanlah seorang pengguna produk tersebut.
“Kami telah menemui pihak SNE untuk berbincang perkara yang lain dan bukan untuk membeli produk SNE.
“Disini kami meminta agar pihak SNE atau pemilik laman Beutskin SNE Healthcare tidak menguna nama atau gambar Lisa Surihani untuk mempromosikan produk mereka,” ujarnya.
Tambahnya lagi, beliau berharap agar pihak SNE atau pemilik laman tersebut memperbetulkan kenyataan-kenyataan dilaman mereka supaya tidak menimbulkan salah faham atau kekeliruan pembaca atau pengguna produk SNE dengan cepat mungkin.
Lisa Surihani ialah pengguna dan duta untuk produk Garnier Skin Naturals.

Artikel Terkait