RM20 sebulan untuk simpanan data


Perkhidmatan yang menarik untuk menyelamat data-data anda. Tapi tak tahu lah sejauhmana untungnya kerana banyak juga yang menawarkan secara percuma penyimpanan data secara online. Baca atikel dibawah....



KINI dengan harga RM20, pemilik perniagaan kecil dan sederhana mampu mengelakkan organisasi dari rugi besar akibat kehilangan data syarikat yang tidak dijangka.
Ketua Pegawai Eksekutif HeiTech Managed Services Sdn Bhd, Abdul Halim Md Lassim, berkata tawaran terbabit dibuka untuk setiap satu gigabait (GB) sebulan yang disimpan dalam setoran.

"Kami memudahkan pelanggan dengan menawarkan masa yang fleksibel untuk melakukan 'backup' secara 'online' di samping pakej harga bersesuaian dengan kehendak perniagaan mereka," katanya.

Menurut Halim, menerusi perkomputeran 'cloud', pelanggan tidak lagi bergantung kepada pita yang digunakan beberapa tahun kebelakangan ini bagi menyimpan data mereka.

"Pelanggan mendapat manfaat melalui salinan online kerana ia tidak memerlukan belanja besar dan memberi kesan kepada perbelanjaan modal selain tidak memerlukan lesen dan kepakaran yang mendalam," katanya.

Sementara itu, Pengarah Teknologi, Penyelesaian dan Inovasinya, Wan Zailani Wan Ismail, memaklumkan data pelanggan selamat dilindungi teknologi AES2000 yang mendapat kerjasama EMC.
"EMC sebagai pakar setoran membantu dalam menyediakan teknologi perlindungan data efektif yang menggunakan enkripsi 256 bit," katanya.


Ads1pos.com





Artikel Terkait