Facebook Lite Kini Boleh Diuji Di Malaysia

Facebook baru sahaja melepaskan Facebook Lite untuk diuji oleh semua pengguna, termasuklah di Malaysia. Facebook Lite ini dikatakan dibina untuk menyaingi servis microblogging yang popular, iaitu Twitter.
Antaramuka Facebook Lite adalah lebih ringkas dan minimalistik berbanding Facebook yang biasa, menjadikannya lebih ringan dan lebih pantas untuk dibuka, terutamanya bagi pengguna yang mempunyai sambungan Internet yang perlahan (macam saya =.=)
Buat masa ini, Facebook Lite hanya memaparkan status, gambar, dan video yang anda update sahaja. Jadi takde la semak sangat mata dengan segala jenis kuiz dan aplikasi lain tu.
Facebook Lite masih lagi dalam peringkat percubaan. Jika anda ingin mencubanya, lawati laman web Facebook Lite di http://lite.facebook.com

Artikel Terkait