Gempar! Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh Terbelah Dua (7 Foto)


Gempar! Jejambat Di Selangor Science Park 2 Runtuh Terbelah Dua (7 Foto) | Jangan terkejut jika sebuahjejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh sehingga terbelah dua. Runtuhan ini bukanlah suatu yang mengejutkan kerana KisahBest.My difahamkan jejambat ini telah ditutup kerana mengalami masalah mendapan yang teruk. Maka, mujurlah ia ditutup lebih awal dari pengguna jalan raya. Selain itu tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Boleh layan gambar runtuhan jejambat di bawah ini.
runtuh2
Sebuah jejambat yang menghubungkan antara Aman Putra, Puchong dan Cyberjaya telah runtuh siang tadi. Kerosakan struktur jejambat itu dikatakan menjadi punca ianya roboh. Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa yang berlaku kerana jejambat ini telah ditutup untuk semua lalulintas sejak beberapa bulan yang lepas apabila kerosakan struktur mula dikesan akibat mendapan tanah di bawah jejambat tersebut. Laluan di bawah jejambat itu juga telah ditutup dan semua laluan menghala ke Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Putrajaya dilencongkan sejak beberapa bulan yang lalu.

runtuh3
runtuh4
runtuh5
runtuh6
runtuh7
runtuh1
EXception sempat bergegas ke tempat kejadian dan merakamkan beberapa keping gambar keadaan jambatan tersebut. Hanya sebelah struktur jambatan tersebut runtuh, manakala sebelah lagi masih berkeadaan baik.
Dipercayai kawasan tersebut merupakan bekas kawasan lombong yang telah ditebus guna. Oleh itu masalah mendapan tanah berlaku.

Artikel Terkait