KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa berlaku satu kejadian tembak menembak susulan daripada pemeriksaan oleh pihak polis ke atas sebuah premis di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah, kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Kenyataan menerusi laman rangkaian sosial rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), berkata pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan pembabitan kejadian pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. Setakat ini, katanya, pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terbabit dalam kejadian terbabit.
"Bagaimanapun, jumlah yang terbabit dipercayai tidak melebihi 10 orang.
"Dalam kejadian tembak menembak ini, beberapa anggota polis dilaporkan tercedera. Butiran terperinci akan dimaklumkan dari masa ke semasa," katanya di sini, sebentar tadi.
Berita Harian