Adakah anda tahu mengenai Minisite Template untuk Wordpress?








salam sejahtera,

Pada post kali ini saya ingin membincangkan mengenai Minisite Theme yang telah diintegrasikan dengan sistem Wordpress. Ramai IM-IM sekarang lebih suka memilih menggunakan salesletter biasa berbentuk HTML dan kemudian dibuat beberapa page untuk digabungkan.

Dan jika anda lihat bahawa kebanyakan designer akan hanya akan memberi
anda satu fail html sahaja dan anda perlu copy page tersebut untuk mendapatkan satu bentuk theme yang sama. Kini stail tersebut bagi saya
ia sudah lapuk dan Minisite kini perlu memasuki dimensi baru bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti satu-satu minisite.

Terdapat banyak kelebihan-kelebihan sekiranya minisite diintegrasikan dengan Wordpress dan di antaranya ialah

1. Wordpress merupakan perisian yang user-friendly dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk memahaminya.

2. Wordpress adalah sangat mesra SEO kerana strukturnya yang teratur
dan google gemar mengindeks blog yang berasaskan Wordpress berbanding

yang lain. Sekiranya anda pandai dalam SEO, ia menjadi satu kelebihan untuk anda.

3.Wordpress juga mempunyai banyak plugin-plugin yang berguna dan sesuai untuk diintegrasikan dengan sistem minisite.

Pada awalnya anda mungkin memikirkan bahawa Minisite theme untuk

Wordpress adalah melecehkan. Hakikatnya ia tidak begitu. Sekiranya anda pernah berblogging menggunakan Wordpress anda akan melihat potensinya tiada batas!

Sahabat saya hidayat aka Madno baru sahaja melancarkan produk barunya iaitu Ministe Template untuk Wordpress dan untuk makluman anda ia diberikan secara percuma! Mungkin sahabat saya Madno bermurah hati kerana Ramadhan yang sudah hampir tiba.

Anda juga boleh join program PPL yang baru sahaja dilancarkan. Anda cuma perlu promosikan link affiliate tersebut dan setiap download yang terhasil anda akan mendapat RM0.50. Anggaplah ia sebagai duit Raya sempena Ramadhan yang bakal menjelma nanti.

Selamat mempromosi :)




Can Twitter be Saved?


By: Mark Gimein, The Big Money

Even by Internet standards of hyper-growth, there has never been a phenomenon like Twitter. Less than a year and a half ago, Twitter hit 1 million users. It now has 44 million, a rate of expansion so rapid that if it could continue growing at that speed it would in another year and a half be used by everyone on Earth. It is impressive not just for the sheer number of users but for the share of mind it has carved out, from the national elections to its starring role in Iran's election protests. Twitter has become so ubiquitous so fast that it's almost impossible to imagine it disappearing.

But it can. The irony of Twitter is that even as it becomes more pervasive, it is in danger of very quickly becoming markedly less useful. Twitter is in danger of collapsing under its own weight. Not because of its problems keeping up with traffic—those are solvable—but because the volume of material that Twitter unleashes now puts impossible demands on its users' time and attention. The problem, in a nutshell, is information overload. The more Twitter grows and the more feeds Twitterers follow, the harder it gets to mine it for what is truly useful and engaging. Even as Twitter reaches a peak in the cultural cred cycle, it's time to start asking how it can be saved from itself. Read More........

Twitter tak Selamat?

Chrome Tarik Balik
Semua laman yang menggunakan https harus mempunyai sijil, dan jika tidak mematuhi syarat ataupun mempunyai masalah sekuriti, sijil tersebut akan ditarik semula. Itu yang terjadi kepada Twitter. Chrome telah menarik kembali sijil tersebut dan tidak membenarkan pengguna Chrome dan Chromium memasuki laman tersebut.



Sehingga isu ini selesai, pengguna chrome tidak dibenarkan memasuki Twitter melalui https://twitter.com tetapi masih boleh memasukinya melalui http://twitter.com sebagai alternatif.

Ternyata bukan hanya Chrome/Chromium yang tidak membenarkan memasuki twitter melalui https, tetapi Firefox juga walaupun tidak sehingga menyekat anda daripada menggunakannya. Anda boleh lihat simbol kunci yang mempunyai simbol tanda seru di taskbar di bawah Firefox anda. Dipetik dari AMBNAC

Peluang Pendapatan di Portal Lelong.com.my

Oleh : Eruwan Gerry Norsen

Ramai daripada kita yang terlalu melihat ke luar negara untuk menjalankan perniagaan internet sehingga buta kepada peluang BESAR yang terdapat di dalam negara kita sendiri iaitu di portal Lelong.com.my!

Adakah anda tahu bahawa:

  • Portal Lelong.com.my mempunyai hampir 400,000 Ahli Berdaftar
  • Terdapat transaksi jualan sebanyak RM10 JUTA pada setiap bulan di portal tersebut.
  • Portal Lelong.com.my mendapat melebihi 40 Juta Pageview pada setiap bulan.
  • Lebih daripada 1 Juta orang mengunjungi portal tersebut pada setiap bulan.
  • Terdapat lebih daripada 800 Member Store berdaftar di dalam portal tersebut.
  • Lelong.com.my mempunyai pengiklanan Banner yang paling efektif dari segi kos.
  • Semakin ramai rakyat Malaysia yang menjadikan Lelong.com.my sebagai sumber mata pencarian utama mereka.
  • Bilangan pembeli semakin bertambah pada setiap tahun.
  • Portal Lelong.com.my terletak di Tangga Ke-38 di dalam Ranking Laman Web Paling Popular di Malaysia berdasarkan ranking di Alexa.com (jauh lebih tinggi daripada eBay.com di Tangga Ke-58 dan eBay.com.my di Tangga Ke-77)
  • Hakikat bahawa portal Lelong.com.my merupakan sebuah portal jualan yang hebat di Malaysia bukanlah satu omong kosong kerana cerita kehebatan portal ini sudah pernah dipaparkan di dalam Majalah Personal Money Malaysia Isu #51 keluaran November 2005. Di dalam majalah tersebut, telah didedahkan mengenai penjual yang telah mencapai purata pendapatan RM30,000 sebulan di Lelong.com.my!
  • Buat pengetahuan anda, bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menggunakan portal Lelong.com.my untuk melelong komputer lama milik peribadi beliau dan ianya telah berjaya dijual dengan harga jualan mencecah 5-Angka!
  • Ini menunjukkan bahawa portal Lelong.com.my bukanlah satu laman web yang calang-calang kehebatan dan pengaruhnya. Malah portal tersebut turut menjadi laman web pilihan oleh syarikat-syarikat hebat untuk menjual barangan mereka. Contoh terbaik adalah Syarikat MaxAudio yang menjadikan portal Lelong.com.my sebagai salah satu sumber pendapatan untuk syarikat mereka.
  • Syarikat MaxAudio merupakan syarikat jualan barangan audio dan aksesori kereta online yang terbesar di Malaysia. Kehebatan syarikat mereka telah membolehkan mereka dianugerahkan gelaran “Malaysia First & Largest Car Audio, Video, Accessories & Performance Online Store” oleh The Malaysia Book of Records!
  • Persoalannya, mengapa pilih model perniagaan internet jenis Lelongan Online?
  • Tiada gunanya saya berkongsi dengan anda mengenai kehebatan portal lelongan online Lelong.com.my jika anda tidak mengetahui kelebihan di dalam menjalankan perniagaan melalui portal tersebut.
  • Berikut cuma merupakan di antara beberapa sebab mengapa lelongan online sepatutnya menjadi pilihan anda di dalam menjalankan perniagaan internet:
  • Tidak perlu membina laman web!
Tidak seperti laman web biasa, anda tidak perlu menghasilkan laman web anda sendiri dan tidak perlu mengetahui bahasa pengaturcaraan HTML untuk mula menjual barangan anda di portal Lelong.com.my. Rata-rata ramai penjual yang ingin mula menjual melalui internet menghadapi masalah apabila perlu menghasilkan laman web mereka sendiri. Ini secara langsung telah membantutkan perniagaan mereka walaupun pada masa itu mereka sudahpun mempunyai barangan untuk dijual. Masalah ini tidak akan berlaku dengan menjual di portal Lelong.com.my kerana kepakaran internet yang anda perlukan untuk mula menjual di portal Lelong.com.my adalah kepandaian untuk menaip dan juga untuk klik dengan menggunakan komputer anda!

* Tidak perlu mencari pengunjung!
Inilah kehebatan paling utama di dalam menjalankan perniagaan anda di portal Lelong.com.my. Anda tidak perlu bersusah payah mencari pengunjung untuk melihat barang jualan anda kerana kesemua pengunjung tersebut sudah sedia ada di portal Lelong.com.my. Perumpamaan terbaik kepada situasi ini di mana anda menjual barangan di portal Lelong.com.my adalah sama seperti anda sedang menjual di sebuah pusat jualan mewah yang terkenal seperti di KLCC atau Mid Valley Megamall berbanding dengan memulakan laman web anda sendiri seperti anda sedang membuka kedai di tepi jalan yang lenggang dan anda perlu berusaha keras untuk mendapatkan pelanggan ke kedai tersebut. Dengan kunjungan melebihi 1 Juta orang pada setiap bulan di portal Lelong.com.my, sudah tentu tidak sukar untuk anda mendapatkan pelanggan dan mendapat keuntungan berlipat-kali ganda di portal Lelong.com.my.

* Tidak perlukan ilmu pemasaran dan trafik!
Kelebihan portal Lelong.com.my adalah dari segi kemudahan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan portal tersebut yang mana dengan mudah anda dapat melakukan penjualan tanpa memerlukan sebarang ilmu pemasaran dan trafik berbanding dengan memulakan laman web anda sendiri. Jika anda memulakan laman web anda sendiri, ilmu paling utama yang perlu anda pelajari adalah ilmu penjanaan trafik. Tanpa ilmu ini, laman web anda akan MATI begitu saja. Ilmu trafik merangkumi pengetahuan mengenai SEO, Pemasaran Forum, Pemasaran Artikel, Pemasaran Social Network, Promosi Blog dan pelbagai lagi ilmu trafik lain yang memerlukan masa dan wang untuk anda mempelajarinya. Fikirkanlah, anda sudah tentu ingin mendapatkan wang dengan cepat melalui perniagaan internet anda! Adakah dengan mengambil masa yang panjang untuk mempelajari kesemua ilmu tersebut akan membolehkan anda untuk mendapatkan wang SEKARANG? Sudah tentu tidak! Saya tahu kerana saya mempunyai pelbagai laman web luar yang saya usahakan dan pemahaman ilmu penjanaan trafik akan mengambil masa untuk dipelajari. Kesemua ini boleh anda lakukan dengan mudah setelah anda mempunyai pendapatan yang konsisten dengan memulakan perniagaan anda di portal Lelong.com.my. Setelah mendapat pulangan yang lumayan daripada perniagaan anda di Lelong.com.my, maka tiada masalah untuk anda mempelajari perkara lain kerana anda sudah tidak perlu risau lagi mengenai wang!

* Tidak perlu mewujudkan sistem pembayaran!
Dengan menjual di pasaran Malaysia dan portal Lelong.com.my, anda sudah tidak perlu mewujudkan sistem pembayaran anda seperti dengan laman web anda sendiri. Hampir 90% daripada pelanggan di Malaysia akan membayar anda dengan menggunakan deposit wang ke akaun bank anda di Malaysia sama ada melalui Perbankan Internet atau melalui Mesin Deposit Wang. Anda sudah tidak perlu melakukan sebarang usaha lain kerana wang pembayaran boleh terus dimasukkan ke akaun bank anda tanpa sebarang masalah. Anda juga sudah tidak perlu risau mengenai penerimaan pembayaran melalui Kad Kredit, kerana pihak Lelong.com.my boleh menerima bayaran melalui kad kredit pelanggan untuk anda dan seterusnya mendeposit wang tersebut terus ke akaun bank anda dengan mudah. Tiada masalah sistem pembayaran di portal Lelong.com.my!

* Analisa pasaran disediakan!
Pihak pengurusan portal Lelong.com.my telah membantu memudahkan proses melakukan analisa pasaran untuk barang jualan anda. Kesemua maklumat penting seperti jumlah pengunjung, jumlah bidaan dan jumlah promosi boleh anda akses dengan mudah melalui control panel keahlian anda. Dengan berbekalkan maklumat analisa yang sedemikian, ianya akan memudahkan anda untuk membuat keputusan sama ada sesuatu barang jualan mempunyai potensi jualan yang baik ataupun tidak. Dengan ini, anda boleh membuat penilaian terbaik untuk perniagaan anda berbanding sekiranya anda perlu membuat kesemua analisa tersebut melalui laman web anda sendiri. Pihak Lelong.com.my mahu anda berjaya kerana apabila anda berjaya, mereka juga akan berjaya!

* Wang pendahuluan minima!
Sekiranya anda memulakan laman web anda sendiri, anda pasti perlu mengeluarkan wang modal untuk mendapatkan domain name, akaun hosting, rekaan laman web, dan pelbagai perisian lain yang anda perlukan untuk membantu menguruskan satu laman web yang berjaya. Saya boleh katakan sekurang-kurangnya perlu ada RM500 di dalam tangan anda untuk memulakan laman web anda sendiri. Tetapi tidak di portal Lelong.com.my. Anda boleh memulakan perniagaan anda dengan bayaran paling minima iaitu RM0! Satu tahu kerana saya pernah melakukannya semasa saya baru bermula di portal Lelong.com.my beberapa tahun yang lepas. Jika anda perlu membelanjakan wang pun, sekurang-kurangnya ia adalah untuk mendapatkan barang jualan dan bukannya untuk mendapatkan sebarang peralatan lain yang akan membantu jualan anda. Modal yang anda sumbangkan untuk perniagaan anda di portal Lelong.com.my adalah hampir 100% untuk mendapatkan bahan dan untuk promosi yang secara langsung akan membantu meningkatkan jualan dan keuntungan anda di dalam portal Lelong.com.my.
Ternyata portal Lelong.com.my merupakan satu lubuk emas kepada sesiapa sahaja yang bijak mengambil peluang daripadanya!
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara untuk mencapai kejayaan di portal Lelong.com.my, sila kunjungi laman web berikut:

http://www.rahsiarajalelong.com/WorkshopLelong.htm