IPOH - Seorang pemilik syarikat pemborong barangan elektrik kecewa apabila telefon pintar model iPhone 5 yang dijanjikan sebuah syarikat telekomunikasi (telco) terkenal sejak lapan bulan lalu tidak diterima sehingga kini.
Mangsa, Hew Kwee Hoh, 45, mendakwa ditipu syarikat tersebut melalui pakej yang ditawarkan kepadanya.
Dia yang berasal dari Buntong Tambahan berkata, sewaktu perbincangan mengenai pakej tersebut, syarikat berkenaan berjanji untuk memberi sebuah telefon pintar dengan nilai yang ditetapkan.
“Pada mulanya, mereka menawarkan saya telefon pintar model Samsung Galaxy S3 namun saya menolaknya kerana menggunakan model yang sama. Kemudian saya memohon untuk menukarkannya kepada i-Phone 5.
“Bagaimanapun, selepas menggunakan lapan nombor melalui pakej tersebut sejak Julai lalu, telefon pintar yang dijanjikan masih belum diterima, “ luahnya dengan nada kesal.
Disebabkan tidak berpuas hati, Kwee Hoh membuat aduan berhubung masalahnya kepada pihak atasan namun syarikat telekomunikasi terbabit seolah-olah cuba lepas tangan.
“Saya telah menghubungi dan berjumpa dengan mereka hampir empat kali untuk mendapat penjelasan tetapi terlalu banyak alasan yang diberikan.
“Malah, saya pernah turun ke ibu pejabatnya sebanyak dua kali untuk mengetahui situasi sebenar berhubung perkara tersebut.
“Kemudian, syarikat tersebut bertindak menghantar wakilnya ke rumah saya untuk mengambil semula dokumen peribadi dan syarikat milik saya dan sekali lagi berjanji akan memberikan telefon pintar itu dalam tempoh seminggu.
“Namun, sekali lagi saya kecewa kerana masih tidak menerima telefon itu,” katanya.
Bagaimanapun, pada 21 Februari lalu, Kwee Hee berkata, dia dihubungi pekerja syarikat telekomunikasi yang meminta beliau menandatangani semula kontrak baru.
Berang dengan tindakan syarikat terbabit, dia enggan menurunkan tanda tangan pada perjanjian baru itu kerana berasa tertipu dengan syarikat telekomunikasi berkenaan.
Katanya, beliau sangat kecewa dan ingin menghentikan pakej perkhidmatan talian tetap yang digunakan itu tetapi dikenakan penalti sebanyak RM150 sebulan untuk satu talian memandangkan pakej itu telah menetapkan kontrak selama dua tahun.
Sementara itu, Ketua Urusetia Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional (BN) Negeri, Mohd Rawi Abdullah menasihatkan supaya masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai tawaran menarik yang dikemukakan syarikat telekomunikasi.
“Jika berminat, mereka perlu meneliti terlebih dahulu perjanjian yang diberikan sebelum menandatanganinya.
“Sejak pertengahan tahun lalu hingga kini kami sudah menerima lebih kurang 10 kes berhubung penipuan membabitkan syarikat komunikasi.
“Kami akan membuat aduan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan agar tindakan sewajarnya diambil kepada mana-ana pihak yang melakukan penipuan ini,” katanya.

sinar/-