LAHAD DATU – Sebuah kubur yang menempatkan seramai 12 mayat pengganas Sulu telah berjaya ditemui di Lahad Datu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas Ops Daulat yang dilancarkan semalam.
Mayat-mayat itu dipercayai telah ditanam oleh rakan-rakan pengganas sebelum mereka kemudiannya melarikan diri.
Perkara ini telah disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas satu sidang media, sebentar tadi.
Semasa sidang media itu juga, pihak media telah ditunjukkan dengan tiga keping gambar yang memaparkan sembilan mayat yang dijumpai semalam, seorang yang telah ditembak pagi tadi dan gambar kubur yang digali yang menempatkan tiga mayat pengganas terbabit.-Mynewshub
Bagaimanapun tindakkan pantas anggota keselamatan membuatkan tiada yang tercedera.Zahid menunjukkan gambar mayat 9 penceroboh bersenjata yang ditembak mati pada sidang media,ditambah seorang mayat petang tadi menjadikan 13 tentera Sultan Sulu telah terbunuh.
Dengan bukti yang ada,Zahid meminta media berhenti memperlekehkan kejayaan pasukan keselamatan.
Patutla sebelum ini tiada kenyataan dibuat berkenaan jumlah kematian tentera penceroboh setelah sehari suntuk serang dari udara dan darat,rupa-rupanya mereka yang terkorban sempat lagi dikuburkan oleh kawan-kawan .