Awas Bahaya! Pengumpul Gambar Awek Melayu Di Facebook



Bangun je dari tidur, apa benda pertama yang melekat dalam kepala anda? Jangan tipu, mesti facebook kan? Tak bukak facebook satu hari mesti rasa tak lengkap hidup..hahah. Tapi sekarang ni aku tak berapa layan dah dengan facebook..fokus dekat blog pulak. Ok, malas nak cakap banyak, straight to the point. Peringatan kepada kaum perempuan,wanita,awek,makwe dan girlfriend yang ada facebook, anda diingatkan supaya berhati-hati semasa meng-upload gambar anda di facebook.
Tadi masa tengah blogwalking, terjumpa satu blog ni yang bagitahu pasal satu group yang kerjanya mengumpul gambar awek melayu untuk dijadikan sebagai koleksi di facebook. So, aku bukak la link yang dibagi dan memang betul page tersebut wujud dan penuh dengan gambar awek melayu yang cun, ada yang bertudung dan ada yang freehair. Tak tahulah manusia mana yang tak bertanggungjawab mempergunakan gambar-gambar perempuan tersebut.

Link Facebook : Himpunan Gambar Awek Melayu 

"Bukan salah kami, orang tu yang curi dari fb kami." Itu kata anda. Tapi admin page tu kata macam ni "bukan salah admin yang upload gambar ni, tapi salah awek tu sendiri la yang upload kat fb. takkan la admin yang paksa awek-awek ni amik gambar kan?" Tak percaya, korang masuk dan tengok sendiri page tu. Ya, saya tahu anda cantik, anda comel, anda lawa..tapi kena ingat, kecantikan dan kecomelan anda itu satu anugerah untuk tontonan pada yang berhak sahaja. Sanggupkah anda tengok gambar anda menjadi pencuci mata dan pemuas nafsu lelaki? Apatah lagi kalau gambar tersebut anda berpakaian ketat dan seksi. Selagi gambar tersebut 'dijamu' oleh kaum lelaki diluar sana selagi itulah bebanan dosa bertambah.

Kepada wanita-wanita yang ada facebook, delete gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat kalau anda sayangkan maruah anda. Kalau tuan punya badan sendri tak malu, orang yang bagi nasihat pun tak boleh nak kata apa. Kepada lelaki yang ada girlfriend, kalau anda sayang pada awek anda, nasihatlah mereka supaya tidak meletakkan gambar yang yang boleh mengundang macam-macam masalah. Aku bukan nak jaga tepi kain korang tapi disebabkan anda itu saudara sesama islam, so tak salahkan nak bagi nasihat. Terpulanglah pada diri masing-masing. Peace :) 

Sumber:  nicknashram

Artikel Terkait