Seorang wanita terjatuh dari tingkat 80 sebuah hotel. Dia menjerit sekuat-kuat hati. Ketika tubuh wanita itu sampai di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris yang terdengar jeritan tadi, menyambut di balkoni.
Wanita : Terima kasih sebab selamatkan saya…
Lelaki Inggeris : Sama-sama, tapi awak kena balas budi saya…
Wanita : Bagaimana?
Lelaki Inggeris : Tidur dengan saya…
Wanita : Tak guna, engkau ingat aku apa?! Tidak!!
Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu yang terus menjerit sekali lagi. Di tingkat 50, seorang lelaki Perancis berjaya menyambut wanita tersebut.
Wanita: Terima kasih, anda dah selamatkan saya…
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi…
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan saya…
Wanita: Kurang ajar, kamu ingat saya ni wanita bagaimana! Aku tak mau!
Lelaki Perancis: Kalau begitu tak guna aku selamatkan kamu…
Lelaki Perancis melepaskan semula wanita itu. Dari tingkat 50, 40 dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu. Dia mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yang menyelamatkannya, wanita itu tidak kisah lagi jika terpaksa tidur dengan orang tersebut. Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab telah berjaya menyambut wanita itu. Belum sempat lelaki Arab ibersuara, wanita itu terlebih dahulu berkata-kata…
Wanita: Terima kasih, awak telah menolong saya. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan awak.
Lelaki Arab: Astaghfirullah hal azim (lalu melepaskan semula wanita itu kerana terkejut).
Lawak Jatuh...
Artikel Terkait
Subscribe to:
Post Comments (Atom)