Di pasaran kini sudah ada tablet Android yang boleh berubah menjadi komputer desktop Windows. Transformer AIO ialah antara contoh peranti dengan dwi sistem operasi ini. Masalah utama yang ada ialah tablet terlaku kecil dan apbila ianya menjadi sebuah desktop saiz paparan skrin tidak memuaskan untuk penggunaan aplikasi Windows. Jadi apakah jawapan kepada masalah ini? Apollonialah sebuah konsep tablet yang boleh berubah menjadi sebuah desktop. Ianya rekaan Jongha Lee seorang pelajar rekaan industri dari Korea Selatan. Saiz skrin Apollon boleh diubah mengikut kehendak dengan menggunakan teknologi skrin boleh lipat yang diperlihatkan Samsung. Dalam mod desktop anda hanya perlu menarik bahagian tepi Apollon untuk memanjangkan saiz skrin. Idea yang bagus tetapi adakah anda memerlukan peranti hibrid sebegini?
Laporan asal Behance