Misteri Kerusi Syaitan di Amerika Syarikat



Di daerah Missouri AS ada sebuah tempat pelancongan misteri yang tidak boleh mana-mana disentuh. Yang dimaksudkan adalah kerusi di Kirksville, Missouri mempunyai sebuah cerita seram yang konon sangat berbahaya yang disebut kerusi syaitan.

Sekilas pandang, kerusi ini kelihatan sangat normal, berdiri di kawasan kubur Highland Park di Kirksville, Missouri, kerusi ini ternyata lebih dari sebuah benda. kerusi tersebut merupakan karya dari seorang pemotong marmar, John C. Baird.

Dikhabarkan sesiapa yang duduk di kerusi tersebut akan terkena musibah, khususnya saat malam Halloween. Sebuah tangan akan muncul dari kubur dan membawa sesiapa yang duduk di kerusi itu ke neraka.

Cerita yang paling sering menjadi bualan penduduk setempat, adalah iblis yang menampakkan diri bagi orang yang berani datang melihat kerusi tersebut pada malam hari. Iblis tersebut dikhabarkan ada saat malam perayaan Walpurgis pada 1 Mei, hingga malam Halloween. Makhluk ini juga akan muncul hanya apabila ada seseorang yang jiwanya disukai oleh Si Iblis.

Kerusi tersebut telah sering disiasat oleh kumpulan paranormal di kawasan tersebut. Banyak yang telah cuba mendudukinya. Kerana legenda mengatakan, apabila seorang yang mempunyai kuasa magis sejati mendudukinya, maka ia akan kehilangan kemampuannya seketika saat itu.

Cerita lain yang beredar beberapa bulan terakhir menyebutkan, beberapa ahli magis terkenal duduk di bangku tersebut. Kemudian mereka berada di rumah sakit jiwa dan tidak dapat bicara. Mereka seakan dicipta kessakitan ketika menduduki kerusi tersebut dan tidak pernah sembuh.

Anda boleh saja percaya atau tidak percaya pada kisah kerusi Syaitan di Missouri.

Artikel Terkait