Dipecat Gara2 Bantu Selamatkan Mangsa Kemalangan


Di Manhattan, jasa baik seorang tukang paip yang menyelamatkan seorang pelancong Britain dibalas dengan pemecatan kerja oleh majikannya.

David Justino, 44, seorang petugas di syarikat Bass Plumbing and Heating Corp di New York berkata, bekas majikannya itu tidak memberi sebarang penjelasan mengenai pemecatannya, namun beliau percaya ia disebabkan publisiti yang diterima sejak kejadian itu.

Dalam satu rancangan temubual, beliau dipertemukan semula dengan wanita yang diselamatkannya, Sian Green, 23, yang kini kehilangan kaki kirinya.

Mengimbas kembali kejadian pada 20 Ogos lalu, Green yang ketika itu berada di tepi jalan dirempuh oleh sebuah teksi dan mengakibatkan kecederaan parah pada kakinya itu.



Justino yang kebetulan berada di situ segera menghulurkan bantuan dengan melilitkan tali pinggangnya pada kaki wanita itu bagi menghentikan pendarahannya.

“Semua orang kelihatan sibuk mengambil gambar dan video daripada menolong mangsa.

“Saya tidak mahu melihat sahaja kerana dia akan mati jika tidak dibantu,” ujar Justino.

Beliau kini dilaporkan bekerja di kedai haiwan peliharaan dan sedang berusaha untuk memperbaiki semula kehidupannya yang terjejas akibat tindakan bekas majikannya itu.

Kasihan. Sepatutnya majikan Justino berbangga memiliki pekerja sebaiknya dan bukan mengambil tindakan yang tidak munasabah seperti itu hanya kerana perhatian yang diberi oleh orang ramai dan media terhadap pekerjanya itu.

Cemburu mungkin?

Oleh: ELZA

Artikel Terkait